Laman Utama

Trauma Kena Pukul, Kamal Adli Kurang Main Media Sosial - "Rasa Takut, Auto Hilang Mood..."

gempak
Asyikin Mayudin
12/08/2023
08:45 MYT
Sponsor Banner
Trauma Kena Pukul, Kamal Adli Kurang Main Media Sosial - "Rasa Takut, Auto Hilang Mood..."
Insiden diserang individu tidak dikenali di Singapura pada Mac lalu, pelakon Kamal Adli mengakui dia kini menjadi kurang minat untuk berkongsi mengenai kehidupan dan aktivitinya di laman sosial.
Menurut Kamal, apa yang terjadi itu memberi impak yang besar dalam dirinya sehingga masih mempersoalkan apa kesalahan yang dilakukan sehingga individu tersebut yang menyerangnya itu.
“Apa yang jadi dekat saya, lepas kejadian ni saya macam terkurang minat untuk bermain media sosial. Kalau korang tengok Instagram saya pun, saya kurang post. Di TikTok dan sebagainya pun saya kurang post apa-apa.
“Benda ni buat saya tiba-tiba macam takut dan dia buat saya macam tiba-tiba auto hilang mood tau. Saya nak dapatkan balik mood untuk buat posting dan sebagainya tu saya rasa ia perlukan masa.
“Sebab apa yang jadi ni besar sangat pada saya. Sampaikan saya tertanya, ‘Apa salah aku eh? Aku rasa aku tak kacau orang’,” kata Kamal kepada Gempak.
Kamal berkongsi perkara tersebut ketika sidang media drama bersiri B.A.R.I.S.T.A : Misi Terpaling Sulit yang diadakan di DADI Cinema Pavilion, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Ujar suami kepada aktres Uqasha Senrose ini, dia kini belajar untuk lebih peka dan berhati-hati dalam keadaan sekeliling selain mengurangkan perkongsian di laman sosial.
“Dan pada saya kalau kita baik macam mana pun tetap ada orang tak suka dan tak puas hati. Jadi saya belajar untuk lebih berjaga-jaga dan kurangkan perkongsian di media sosial.
Pada 12 Mac lalu, Kamal diserang individu tidak dikenali menggunakan cota ketika menyertai acara Hari Raya Mega Sale 2023 yang diadakan di Singapura Expo, Singapura.
Dalam kejadian itu, Kamal mengalami kecederaan di bahagian kepala, muka, bawah mata dan badan selepas diserang seorang lelaki berusia 34 tahun.
Pada 14 Mac, suspek didakwa di mahkamah Singapura atas pertuduhan terlibat dalam kes menyebabkan kecederaan dengan senjata berbahaya.
Mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan suspek boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, denda, rotan dan mana-mana gabungan hukuman itu.
BACA SINI: Kes Kamal Adli Diserang, Mahkamah Singapura Tangguh Dua Minggu Lagi, Ini Antara Sebabnya…
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live