gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Kubur Nurly Shahirah Dipasang Tali Penghadang Elak Perbuatan Khurafat
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Perlu Ada Identiti Sendiri, Ajai Minta Peserta Lihat Hael Husaini,Aina Abdul & Shila Amzah Sebagai Contoh
HIBURAN
Fattah Amin Buat Kejutan Di Konsert Jiwa Kacau 2025, Umum Sudah ‘Engaged’ Dengan…
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

#TravelMana: “Ni Tempat Paling Best Masa Kecil” - Musnah Akibat Kepala Air, Jeram Toi Tinggal Kenangan

Azwa Rahman
Azwa Rahman
31/12/2021
08:12 MYT
Sponsor Banner
#TravelMana: “Ni Tempat Paling Best Masa Kecil” - Musnah Akibat Kepala Air, Jeram Toi Tinggal Kenangan
Sebuah lokasi santai di Negeri Sembilan, Jeram Toi musnah selepas insiden kepala air memecahkan kawasan mandi-manda tersebut.
Difahamkan, air terjun yang menjadi lokasi orang mandi-manda pada hujung minggu dan waktu cuti sekolah itu musnah hampir 70 peratus pada 18 Disember lalu.
Menerusi laman sosial Twitter, @SenawangTV berkongsi keadaan terkini lokasi air terjun tersebut yang sangat menyedihkan. .
“Jeram Toi Tinggal Kenangan. Lanskap dulu yang indah, meriah dengan pengunjung, kedamaian flora fauna, kini hanya tinggal kenangan selepas dilanda kepala air 18 Disember 2021.
“Lebih 70% kemudahan di sini musnah. Semoga semua dapat kembali pulih dan dipermudahkan,” tulisnya.
JERAM TOI TINGGAL KENANGANLanskap dulu yang indah, meriah dengan pengunjung, kedamaian flora fauna, kini hanya tinggal kenangan selepas dilanda kepala air 18 Disember 2021.Lebih 70% kemudahan di sini musnah. Semoga semua dapat kembali pulih & dipermudahkan. pic.twitter.com/mgtnMY2icS
— SENAWANGTV™️?? (@SenawangTV) December 26, 2021
Susulan kejadian banjir dan hujan turun tanpa henti, Pengarah Perhutanan Negeri Sembilan, Saleh Awaludin mengarahkan semua hutan lipur di negeri tersebut ditutup sementara bermula minggu lalu bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya meluahkan rasa sedih mereka melihat satu lagi lokasi rekreasi dan mandi-manda menjadi mangsa bencana alam.
Tidak kurang juga ramai yang turut berkongsi kenangan mereka mengunjung Jeram Toi sewaktu kecil sehingga sekarang.
“Sebagai anak kelahiran Jelebu, sinilah tempat paling best dari kecik, ayah akan singgah sini dulu sebelum balik ke Seremban, atau dari Seremban nak balik kampung. ya Allah,” luah seorang wargamaya.
“Jeram Toi ni hancur kena kepala air juga, bezanya takde pulak kayu balak besepah kelihatan,” tulis seorang wargamaya.
“Sedih tengok Jeram Toi jadi macam ni. Baru pergi mandi kat sini seminggu sebelum bencana berlaku,” kongsi seorang wargamaya.
“Sad actually.. Ni tempat first hangout sesama,” kata seorang wargamaya.
“Tempat yang banyak kenangan dengan sepupu-sepupu dulu ... so sad,” ujar seorang wargamaya.
“Sedih. Dulu tiruk best kat kolam. Bahagian atas pon best lepak kalau datang awal untuk spot tu,” komen seorang wargamaya lagi.
Kredit foto: Twitter @SenawangTV
Topic Berkaitan
#Bencana Alam
#Negeri Sembilan
#Travel Mana
#Jeram Toi
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement