Penyanyi rap dan ahli kumpulan K-Clique Tuju mencuri perhatian ramai apabila mendendangkan lagu Seribu Tahun nyanyian asal Imran Ajmain secara acapella.

Menerusi laman sosial Instagram, Tuju yang digelar Orang Utan telah memuat naik video nyanyian secara acapella tersebut untuk tatapan umum.

“Tumpang lalu,” tulis Tuju ringkas sebagai kapsyen.

Tumpang lalu ?

A post shared by TUJU K-CLIQUE (@azreewhuut) on


Menerusi video berdurasi 15 saat itu, Tuju atau nama sebenarnya Mohammad Azree Shah Awang Zambri, 24, menyanyikan kembali lagu Seribu Tahun yang pernah didendangkan pada minggu separuh akhir The Masked Singer Malaysia (TMSM).

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya terhibur dan masih tidak boleh move on apabila lagu balada itu disampaikan dalam versi Tuju.

Malah, ramai yang meminta anak kelahiran Papar Sabah itu untuk menyanyikan lagu tersebut dalam versi penuh kerana tidak menyangka dia boleh membawakan lagu berentak perlahan dengan baik.

Omg tolong nyanyi lagu ni full please! Love your version,” pinta Ramona Zamzam.

Aku tak boleh move on lagi dengan orang utan. Taktau berapa puluh kali aku ulang lagu Seribu Tahun ni,” kata seorang wargamaya.

Buatlah full cover Tuju. Duk replay banyak kali sampai tertidur feeling,” ujar seorang wargamaya.

Rindu orang utan. Tiap-tiap minggu tunggu turn orang utan buat persembahan,” komen seorang wargamaya.

Nak full cover Tuju! Aku yang lelaki ni bah favourite sama kau. Cair aku,” usik seorang wargamaya.

Aura dia hish lain macam,” tulis seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat hampir 100,000 tontonan daripada pengikutnya.

Pada final TMSM Jumaat lalu, Tuju (Orang Utan) diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga sementara Aina Abdul (Bunga Raya) dinobatkan sebagai juara dan bekas peserta Ceria Megastar Vaneesa Reynauld (Rajah Brooke) sebagai naib juara.

Sementara itu, Datin Alyah (Wau) dan bekas juara Akademi Fantasia musim pertama Vince Chong (Enggang) masing-masing berada di kedudukan keempat dan kelima.