Laman Utama

Tular Video ‘Angkut’ Oven, Pengarah Mydin Dedah Ada Yang Bawa Parang & Premis Dirompak

gempak
Gempak
23/12/2021
06:20 MYT
Sponsor Banner
Tular Video ‘Angkut’ Oven, Pengarah Mydin Dedah Ada Yang Bawa Parang & Premis Dirompak
Sepotong video yang tular memaparkan aksi beberapa individu membawa keluar barangan daripada premis Mydin sedang menjadi perhatian masyarakat.
Apalagi menerusi video yang tersebar di media sosial tersebut, ada dalam kalangan individu yang memasuki premis tersebut bukan untuk mengambil makanan demi kelangsungan hidup. Sebaliknya ada yang mengambil barangan eletrik seperti oven.
Tindakan tersebut telah menimbulkan rasa kurang senang dengan menyifatkan ia sebagai sebuah tindakan melampau.
Sementara itu, merujuk kepada video yang tular tersebut, Pengarah Urusan Mydin, Ameer Ali Mydin mengakui premisnya telah dipecah masuk dengan niat untuk melakukan rompakan.
Malah ada bersenjatakan pisau dan parang selain membawa lari barang bukan keperluan.
Beliau berkata, mereka juga bukan mencuri barang-barang makanan yang boleh dimakan tetapi mengambil barangan elektrik dan pelbagai barangan lain yang berharga seperti jam, peralatan komputer dan sebagainya di tingkat satu kedai berkenaan.
“Melihat barang-barang yang dicuri, mereka menceroboh (kedai) bukan untuk makanan tetapi masuk untuk mencuri,” katanya menganggarkan nilai kecurian antara RM200,000 hingga RM300,000 selepas dinilai kakitangan Mydin, menurut laporan MalaysiaGazette.
Ameer berkata, berdasarkan penelitian ke atas rakaman CCTV, beliau dan pengurusannya mendapati kumpulan lelaki itu telah memecahkan pintu depan menggunakan kayu dan parang sebelum meluru naik ke tingkat satu yang menempatkan barang-barang elektrik.
“Kalau lapar perlu ke bawa pisau dan parang?,” katanya yang sangat kesal dengan insiden itu.
Semalam, Ameer dalam satu kenyataan menghalalkan tindakan individu yang memecah masuk cawangannya di kawasan banjir di Sri Muda, Shah Alam semalam.
Beliau berkata, kemaafan itu berdasarkan niat mangsa banjir memecah masuk kedainya untuk meneruskan kelangsungan hidup akibat bantuan lambat tiba dan bukan sebaliknya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live