Pelakon Nad Zainal meluahkan kekesalan terhadap sikap segelintir pengguna terutamanya golongan lelaki yang semberono menulis komen tanpa berfikir panjang.

Komen yang dimaksudkan Nad merangkumi aspek 'body shaming' dan berbaur seksis.

"'Tumit tak merah, tak daralah tu', 'besar je dia punya tuut, mesti dah kena usik', 'badan mantap, macam dah beranak je'.

"Itulah komen-komen para lelaki di bulan Ramadan. Pelbagai andaian yang boleh jatuh fitnah.

"Boleh pula dengan hanya melihat fizikal wanita, boleh buat andaian bukan-bukan. Rata-ratanya ingin mengaibkan wanita.

"Wanita bersaiz itu, berpakaian begini. Tak layak didengari, adakah itu yang anda maksudkan? Jijik!" luahnya di Instagram Stories.

Terdahulu, isu jenayah dan gangguan seksual menjadi topik hangat dibincangkan dalam kalangan netizen di media sosial.

Rata-ratanya kesal apabila ada yang bertindak luar batasan termasuk yang terbabit dalam kerjaya profesional.

Hal yang demikian mendorong lebih ramai individu yang pernah menderita dan tertekan akibat diganggu secara seksual tampil mendedahkan kisah masing-masing secara lebih terbuka.