Laman Utama
Ustaz Abu Syafiq Samakan Nasib Dirinya Dengan Janna Nick Yang Kerap Difitnah
Pendakwah sensasi, Ustaz Abu Syafiq bersetuju dengan tindakan pelakon dan pengacara Janna Nick yang mengambil tindakan undang-undang terhadap pemfitnah.
Kata Abu Syafiq, dia simpati dengan nasib Janna yang telah difitnah.
"Kasihan Janna Nick kena fitnah. Saya setuju dia saman orang yang fitnah.
"Saya dah rasa banyak kali kena fitnah. Saya doakan kaki-kaki fitnah ni dibalas dengan balasan setimpal," tulisnya.
Dalam pada itu, Abu Syafiq turut menitipkan doa agar pelakon drama Marry Me Senorita itu bertabah dengan kemelut yang sedang dihadapi.
"Ustaz Abu Syafiq sokong dan doakan untuk Janna Nick terus tabah dan teruskan saman," tulisnya lagi.
Mengikut pemerhatian Gempak, posting yang dibuat di Instagram (IG)nya itu sudah dipadam selepas beberapa jam dikongsikan.
Sebelum ini, nama Janna telah menjadi bualan ramai sehinggakan trending #jannanickisgoingtojailparty di Twitter.
Janna telah mencetuskan kemarahan peminat K-pop apabila dia dan aktres Sharifah Sakinah didakwa tidak menghormati pemergian bintang K-Pop, Jonghyun yang meninggal dunia tiga tahun lalu.
Tidak ingin memanjangkan isu, Janna tampil bersumpah dengan memegang kitab suci Al-Quran ketika membuat pengakuan itu.
Walaubagaimanapun, kontroversi itu tidak berakhir di situ apabila Janna didakwa menghina Lisa Blackpink dengan nama ganti yang digunakan adalah 'Lisa Black oink oink' (emoji bab*) di ruangan komen.
Terbaru, Janna ketika ditemui di Google Meet berkata dia memilih untuk tidak mengulas lanjut dan ingin memberi tumpuan kepada penggambaran drama.
Must-Watch Video