Baru-baru ini seorang pendakwah terkenal,Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa dikecam setelah satu video merakamkan dirinya berkongsi doa menguatkan alat kelamin lelaki tular di platform X.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat ustazah Norhafizah mengajarkan kepada penonton yang hadir ke acara itu satu doa untuk alat kelamin suami supaya lebih kekal lama dan kuat.

Norhafizah turut memberi keizinan kepada penonton untuk merakam doa tersebut supaya boleh diajarkan kepada suami.

“Rekod jelah tapi nanti ajar suami ya,” katanya dalam video tersebut.

Difahamkan majlis itu dipercayai hanya dipenuhi penonton wanita, namun ia tetap mencetuskan perselisihan pendapat antara netizen di mana ada segelintir yang bersikap terbuka manakala sesetengah lagi menyifatkan perkongsian itu sebagai perkara yang tidak sesuai dikongsi dalam majlis agama.

Antara komen yang diterima:

Apa salah nya doa je bukan ajar main sihir pun.

“Sopan je tengok. Ilmu rumah tangga. Apa masalahnya? Lebih baik kau pergi attack yang terang-terang zina dan post kat twitter dari dok kecam ustazah tu.

“Amender. Takde benda lain ke nak ajar?

“Macam tak sesuai depan khalayak ramai,” tulis salah seorang netizen.

Berita Trending:Al-Quran Jadi Saksi First Date Abbas Mahmood, Alana Dee Dunsmore - "Kami Banyak…

Sekadar info, majlis itu dipercayai merupakan anjuran selebriti dan usahawan tersohor, Noor Neelofa bagi melancarkan produk kesihatan wanita.

Setakat artikel ini ditulis entri tular itu memperolehi lebih 500 ribu tontonan di Platform X.