Laman Utama
[VIDEO] Amin Idris Dedah Ustazah Viral Tiada Background Agama; “Kenyataan Dia Sangat Mengelirukan…”
Penceramah motivasi, Amin Idris mendedahkan seorang wanita yang dikenali sebagai Ustazah Siti Afifah sebenarnya tidak mempunyai latar belakang pengajian agama seperti agamawan lain.
Disebabkan hal itu, Amin menjelaskan untuk melabelkan wanita tersebut sebagai seorang agamawan adalah mustahil. Malah dia turut mendakwa kenyataan yang dikeluarkan wanita tersebut sebelum ini kebanyakkannya membawa pengertian yang mengelirukan.
“Dapat info rupanya ustazah ini (Siti Afifah) tidak mempunyai latar belakang pengajian agama yang rasmi, jadi untuk claim dia sebagai agamawan itu agak sukar dan masyarakat perlu berhati-hati ambil ilmu daripada mereka.
“Amin dapati juga, banyak kenyataan dia di sosial media sangat missleading (mengelirukan),” kongsinya menerusi satu hantaran di laman TikTok miliknya baru-baru ini.
Terdahulu, Siti Afifah mengeluarkan kenyataan dengan menyelar suami yang membiarkan isteri bersalin bersama doktor lelaki sebagai ‘dayus’.
Mengulas mengenai isu tersebut, Amin berkata dalam bidang perubatan mempunyai dua hukum yang berbeza iaitu umum dan pengecualian.
Jelasnya, doktor lelaki yang menguruskan wanita bersalin boleh diklasifikasikan sebagai situasi darurat kerana ada nyawa yang perlu diselamatkan selain jumlah doktor lelaki dalam bidang tersebut adalah tidak ramai.
“Dalam Islam ada prinsip hukum umum dan pengecualian. Betul jika guna prinsip umum doktor lelaki dilarang melihat pesakit wanita begitu juga sebaliknya. Namun di atas sebab darurat dan sebab perubatan, ia dibenarkan.
“Doktor O&G (Obstretrik dan Ginekologi) untuk menguruskan wanita bersalin itu tak ramai, kerana itu adalah satu tanggungjawab yang berat di mana kebanyakkannya adalah lelaki, wanita jarang sekali. Tiada pilihan.
“Maka timbullah situasi darurat, dibenarkan doktor lelaki untuk menyambut kelahiran pesakit wanita. Darurat bukan sahaja sekadar tiada pilihan tetapi demi menyelamatkan nyawa” jelasnya.
Sementara itu, Amin turut menolak pandangan Siti Afifah yang mewajibkan setiap suami harus mempunyai simpanan yang cukup untuk menghantar isteri bersalin di hospital persendirian (swasta).
“Kemudian dia (Afifah) mencadangkan pula wajib para suami buat simpanan duit buat hantar isteri ke hospital swasta. Amboi senangnya cakap.
“Tahu tak rakyat Malaysia sekarang masih ramai yang struggle untuk ada kerja dan mengukuhkan ekonomi, tiba-tiba nak suruh suami buat simpanan. Jadi mereka tiada pilihan dan hantar isteri ke hospital kerajaan sahaja,” tambahnya.
@iamaminidris Jangan mudah 'mendayuskan' orang. Claim diri sebagai ustazah tapi bercakap denhan kejahilan #tazkirahironman ♬ original sound - iamaminidris
Must-Watch Video