Usahawan berjaya, Vivy Yusof memohon maaf kepada warganet kerana komen balasnya terhadap seorang rakan di Instagram (IG) disalah erti.

Menerusi sebuah posting, Vivy berkata bukan niatnya untuk memperlekehkan nasib B40 tetapi hanya hanya ingin memperjuangkan nasib peniaga-peniaga SME yang lain.

Dalam erti kata lain, ada di antara peniaga-peniaga SME buat masa ini berdepan kesukaran seperti menanggu kos operasi, sewa dan gaji pekerja yang sangat banyak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan.

Bagaimanapun posting tersebut telah dipadamkan daripada laman sosial IGnya.

Dalam pada itu Vivy berharap agar pihak kerajaan juga dapat membantu meringankan beban digalas peniaga-peniaga sepertinya ketika ini.

Bagaimanapun, warganet tetap tidak memaafkan Vivy walaupun permohonan maaf telah dilakukan sebaliknya melancarkan gerakan memboikot perniagaan dijalankan beliau.

Warganet menganggap Vivy berpura-pura dan tidak ikhlas memohon maaf dan mendakwa niat disuarakan Vivy tidak kena pada masanya.

Terdahulu niat baik Vivy untuk membela nasib peniaga SME disalah erti warganet apabila membalas komen seorang rakannya di IG.