Aktres popular Nabila Huda akui kadang-kadang berasa tertekan sejak pandemik COVID-19 melanda, namun menyedari banyak hikmah di sebaliknya.

Menurut Nabila, dia gembira kerana dapat meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga dan melakukan pelbagai kerja rumah.

"Di kala MCO yang hampir dua tahun ini, kadang-kadang stress, rasa tak bebas, hidup dalam ketakutan, kehilangan, kekurangan, positif COVID-19 lagi, hidup penuh tanda tanya, curious pada banyak benda.

"Tapi dalam dua tahun ini juga terlalu banyak benda berubah, saya berubah menjadi orang yang lebih baik, gaya hidup berubah, saya boleh luang lebih masa bersama keluarga dan merapatkan hubungan dengan mereka.

"Saya masak setiap hari, sarapan, makan tengahari, makan malam dan supper, mulakan hari dengan gelak ketawa," kongsinya di Instagram.

Tambah anak kepada lagenda rock Amy Search ini, dia juga bersyukur dan tidak mahu merungut tentang masalah yang menimpa.

"Saya rasa berterima kasih untuk waktu percuma yang ada ini, saya tidak pernah merungut tentang apapun, kadang-kadang je stress sebab tak boleh nak bebas tapi tetap bersyukur dengan waktu yang ada ini," kongsinya lagi.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut Nabila meninggalkan respon positif dan ada juga yang tersentuh dengan perkongsiannya itu.

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)