Sekeping foto selebriti media sosial, Wak Doyok bersama seorang wanita di restoran atas bumbung menjadi perhatian peminat dan pengikut di laman Instagram miliknya.

Namun, wajah wanita bertudung litup dalam foto itu telah ditutup dengan gambar kartun bertudung.

Menerusi kapsyen entri yang dikongsi oleh Wak Doyok itu. dia telah memberikan ucapan hari lahir kepada wanita tersebut yang digelar sebagai ‘adik manis’.

“Selamat Ulang tahun adik manis.. Semoga dikedepannya lebih manis dan terus berbakti buat orang di sekeliling dan negara,” tulisnya.

Entri tersebut mendapat perhatian malah rata-rata telah membuat andaian wanita itu kekasih adalah Wak Doyok.

“Wow ni mesti special tutup-tutup muka muka, moga segalanya dipermudahkan Wak,” komen salah seorang pengikutnya.

“Tahniah Wak, moga dipermudahkan,” ucap peminatnya.

“Sepadan Wak,” komen peminatnya lagi.

Wak Doyok juga turut membalas hampir semua komen yang diberikan malah sempat menjawab soalan peminat yang bertanya bilakah majlis mereka akan berlangsung.

“Bila majlisnya Wak?” Tanya salah seorang pengikutnya.

“Soon,” jawabnya.

Terdahulu, Wak Doyok pernah dikaitkan dengan seorang gadis Indonesia yang dilihat mesra menyambut ulang tahun kelahirannya tahun lalu.

Selamat Ulang tahun adik manis.. Semoga dikedepannya lebih manis dan terus berbakti buat orang di sekeliling dan negara. ??‍⚕️ #TakPanaske #AkuYangPakaikoYangPanas #KodahKenapa #WdCigar #MegWak #WakDoyok #LegasiWakDoyok #WDLifeStyle #WakDoyokFC #BeardedGentlemen #Sedagher #MensWear #Fashion #MensFashionReview #StreetFashion #Dapper #Ootd #Style #MensFashionPost #TheMenClub #MenWithClass #Details #Sartorialist #Pittiuomo #Class #British #Usa

A post shared by Wak Doyok (@wakdoyok) on