HIBURAN
Zehra Zambri Dedah Suami Tahu Perceraian Fast Track, Bukan Secara Mengejut - "Saya Mangsa Sebenarnya…"
Penyanyi Zehra Zambri mengakui bahawa suaminya, Nur Mohd Iqwan Samsudin, sedia maklum mengenai keputusan untuk memfailkan perceraian menggunakan kaedah fast track.
Menurut Zehra, perkara tersebut telah dipersetujui bersama dan bukannya dilakukan secara tergesa-gesa atau tanpa persetujuan.
“Secara jujurnya saya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kisah rumah tangga saya kerana ia adalah sesuatu yang begitu personal untuk saya kongsikan kepada orang ramai. Ia hanya perlu dikongsikan dengan mereka dan tempat yang sepatutnya.
“Jadi kenyataan itu banyak dikeluarkan oleh pihak suami saya dan saya terkejut juga dengan kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini. Sebenarnya mengenai perceraian fast track ini telah pun dibincangkan bersama, dia tahu mengenaninya dan perkara ini sudah dipersetujui bersama bukan saya buat secara semborono,” katanya kepada Gempak.
Penyanyi lagu Semalakama itu turut mendedahkan bahawa keputusan untuk berpisah sudah ada sebelum dia menyertai Gegar Vaganza 11 (GV11).BERITA BERKAITAN: Bekas Isteri Dakwa Suami Zehra Zambri Fail Tebus Talak? - “Kalau Dia Buat Nusyuz Pun Tak Akan Berjaya Mengikut Bukti Sedia Ada”
BERITA BERKAITAN: Dilapor Bakal Fail Cerai, Zehra Zambri Kongsi Foto Di Katil Hospital - “Kesihatan Saya Kurang Baik, Tiba Masanya Peguam Akan …”
Namun, Zehra memilih untuk tidak mendedahkan permasalahan rumah tangganya kepada umum kerana merasakan ia tidak perlu diketahui oleh orang luar.“Saya yang mangsa sebenarnya, jadi saya yang cuba menguruskan perceraian itu dan ianya bukan diluar pengetahuan dia kerana dia sudah pun mengetahuinya. Perkara ini berlaku bukan selepas saya menyertai GV. apa dan kenapa biar saya sahaja yang tahu dan saya tak akan kongsi kepada umum kerana orang luar boleh buat macam-macam spekulasi.
“Tapi saya sedih kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh suami itu adalah satu diluar jangka sebab saya kalau boleh sehabis baik nak cuba menutup sebarang aib kerana tidak perlu untuk dikongsikan kepada masyarakat umum.
“Dia tak nak berdamai pun sebenarnya, tapi apa yang dia kata saya nak buat fast track itu betul la sebenarnya, sebab saya hanya menguruskan dan ia adalah atas persetujuan bersama. Jadi kenyataan yang dikeluarkan kata nak cerai secara tiba-tiba itu tidak benar,” ujarnya.Pada masa sama, Zehra memberitahu bahawa dia kini hanya mahu memberi fokus kepada kesihatan mental dan juga anak-anaknya yang memerlukan ibu mereka.
Sebelum ini, Zehra menafikan dakwaan rumah tangganya sedang bergolak selepas peminat menyedari gambarnya telah hilang daripada akaun Instagram suaminya.
Namun, dia menjelaskan bahawa gambar-gambar tersebut hanya disimpan di archive kerana suaminya kurang selesa dengan perhatian dalam dunia seni.
Sebagai rekod, Zehra mendirikan rumah tangga dengan Iqwan pada 10 November 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan berusia tiga tahun.
Sebelum itu, Zehra pernah berkahwin dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri Wan Mohd Effendi pada 14 Oktober 2017, namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama enam bulan sebelum bercerai pada April 2018.
BERITA BERKAITAN: “Kami Akan Reveal Semua” - Bapa Zehra Zambri
BERITA BERKAITAN: Zehra Zambri Mahu Cerai ‘Fast Track’, Suami Pula Nak Fail Nusyuz Selamat Rumah Tangga
Must-Watch Video