HIBURAN
Bekas Isteri Dakwa Suami Zehra Zambri Fail Tebus Talak? - “Kalau Dia Buat Nusyuz Pun Tak Akan Berjaya Mengikut Bukti Sedia Ada”
Seorang wanita yang didakwa merupakan bekas isteri kepada suami penyanyi, Zehra Zambri, Nur Mohd Iqwan Samsudin, tampil mendedahkan bahawa lelaki itu enggan menceraikan isterinya.
Bekas isteri dakwa fail tebus talak
Sebaliknya, wanita yang dikenali sebagai Siti Marissa Hussin mendakwa lelaki itu telah memfailkan khuluk atau tebus talak.
Perkara itu dikongsi menerusi hantaran di Instagram Story Zehra.
Marissa mendakwa bahawa proses perceraian yang sepatutnya berlangsung secara fast track pada hari sebelumnya tidak dipersetujui oleh Iqwan.
“Kalau dia buat nusyuz pun tak akan berjaya, mengikut bukti yang sedia ada. Sepatutnya hari ini (semalam) mereka ada perceraian fast track tapi tak dipersetujui oleh sang suami. Dan sang suami pula membuat khuluk iaitu tebus talak," ujarnya.
Dakwa Marissa lagi, selepas perkahwinan Iqwan dan Zehra, banyak perkara berlaku termasuklah pelbagai fitnah yang dilakukan oleh lelaki berkenaan.
“Kalau diikutkan terlalu banyak sangat yang berlaku selepas mereka kahwin, pelbagai fitnah daripada lelaki ini, cerita yang tidak ada, diadakan adakan.
“Pelbagai laporan polis dia dah buat kepada saya yang saya sendiri tak tahu kenapa,” ujarnya.
Jangan menyakiti hati wanita lain
Dalam pada itu, Marissa juga menjelaskan dia tidak berniat untuk mencampuri urusan rumah tangga pasangan itu, sebaliknya hanya mahu memberikan peringatan agar lelaki tersebut tidak terus menyakiti hati wanita lain.
“Ramai tanya saya, betul ke saya nak tolong Zehra? Satu je, saya bukannya nak cerita apa-apa pun mengenai rumah tangga mereka tetapi saya nak cakap kepada suami dia ni, ‘cukup-cukuplah’.
“Jangan dera lagi perasaan perempuan, macam apa yang kau dah buat kepada aku.
“Jangan sakitkan hati perempuan lagi dah, aku tolong sebab aku rasa apa yang dia rasa dan lebih lama daripada dia.
“Kalau kau nak anak kau membesar dengan cara baik, mental ibu dia kena baik. Cukuplah anak-anak lelaki yang ada yang membesar dalam keadaan yang sangat kasihan.
“Nasib baiklah aku ni senang nak maafkan orang. Hari-hari aku mendoakan kau berubah, Allah lorongkan hati dia balik kepada Allah,” jelasnya.
ARTIKEL BERKAITAN:Dilapor Bakal Fail Cerai, Zehra Zambri Kongsi Foto Di Katil Hospital - “Kesihatan Saya Kurang Baik, Tiba Masanya Peguam Akan …”
ARTIKEL BERKAITAN:“Kami Akan Reveal Semua” - Bapa Zehra Zambri
ARTIKEL BERKAITAN:Suami Zehra Zambri Tampil Beri Kenyataan Isu Rumah Tangga - “Sudah Saya Tegaskan…”
ARTIKEL BERKAITAN:Rumah Tangga Didakwa Goyah & Suami 'Archive' Foto Di Media Sosial, Zehra Zambri Tampil Perjelas - "la Timbul Sejak Saya..."
Terdahulu, Zehra pernah menafikan sedang berhadapan isu rumah tangga bersama suaminya, Nur Mohd Iqwan Samsudin.
Namun, Iqwan juga pernah mengeluarkan kenyataan dimana melarang Zehra untuk berkongsi mengenai hal rumah tangga sebaliknya fokus kepada pertandingan yang disertai sahaja.
Sekadar info, Zehra mendirikan rumah tangga dengan Iqwan pada 10 November 2021. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia dua tahun.
Sebelum itu, Zehra pernah berkahwin dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri Wan Mohd Effendi pada 14 Oktober 2017, namun ikatan itu hanya bertahan selama enam bulan sebelum bercerai pada April 2018.
Iqwan juga pernah berkahwin dan memiliki dua cahaya mata.
Must-Watch Video