Penerbit Ekskutif Filem Jebat, Datuk Ziela Jalil menzahirkan rasa syukur dan gembira dengan sambutan positif yang diterimanya daripada penonton.

Menurut Ziela yang juga Ketua Pena Creative Pictures, karya arahan Jamal Khan itu diharapkan dapat menerima sokongan berterusan daripada peminat di luar sana.

"Saya bersama seluruh tenaga produksi yang terlibat tentunya rasa amat gembira atas kejayaan serta sokongan padu penonton terhadap filem Jebat.

"Saya menerima maklum balas bahawa rata-rata penonton terhibur dengan filem ini yang cukup dengan elemen aksi, komedi, sedih dan romantik.

"Tidak dinafikan gandingan Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose juga mengubati rindu penonton.

"Saya harap penerimaan positif ini dapat berterusan dan secara tidak langsung mampu mengajak lebih ramai lagi untuk menonton Jebat," katanya dalam satu kenyataan kepada media.

Kata Ziela lagi, dia turut berterima kasih kepada Astro Shaw selaku pihak yang berjaya membawa Jebat dengan rangkaian promosi kreatif dan strategik.

Terdahulu, filem yang menampilkan gandingan Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose itu berjaya mencatatkan kutipan RM1.3 juta dalam tempoh empat hari tayangan.

BACA: Jebat Raih RM1.3 Juta Dalam Tempoh 4 Hari Tayangan, Memang Padu!

Bila satu api, air tu wujud untuk tenangkan keadaan❤️❤️ - @ennysndy . JEBAT KINI DI PAWAGAM RUMAH ANDA! Untuk melanggan sila ke Saluran 480, Astro First! . Anda juga boleh menonton Bukan Kerana Aku Tak Cinta di gempak.com/video atau di On Demand! @penacreativepictures @khanmancung @nelydiasenrose @sharnaazahmad @peterhughdavis @rahhimo369 @carmen_soo @sangeeta_krishnasamy @theidriskhan @louisaalissachong . #Jebat #FilemJebat #AstroFirst #DiPawagamRumahAnda #TeamJebat #TeamMastura

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on


Sementara itu, Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, pencapaian memberangsangkan dari segi kutipan itu menjadi penanda baik dalam industri perfileman tempatan.

"Dengan kejayaan ini, ia memperlihatkan perkembangan positif dalam penjanaan semula industri perfileman Malaysia.

"Memahami kehendak penonton yang sentiasa inginkan kandungan terbaik, pihak kami akan terus membawakan lebih banyak filem-filem segar kelak menerusi kerjasama dengan produksi berbeza.

"Saya harap, Jebat mampu melakar fenomena tersendiri di samping menyuntik keyakinan buat penerbit-penerbit lain dalam mempersempahkan karya dalam normal baharu ini," katanya.

Filem Jebat boleh ditonton di Astro First menerusi saluran 480 bermula 3 September lalu.

BACA: Rugi Kalau Tak Tengok! Ini 5 Sebab Anda Wajib Tonton Filem Jebat

Ia merupakan naskhah yang diangkat daripada drama bersiri popular, Bukan Kerana Aku Tak Cinta.

Jika ingin mengambil 'mood' Jebat, anda juga boleh layan drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta di Gempak.

Bagi mendapatkan info terkini mengenai Jebat, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.