Pempengaruh pro-Israel, Lizzy Savetsky, mencetuskan perdebatan hangat di media sosial selepas memuat naik sebuah video mendakwa kapal yang dinaiki salah satu kumpulan Global Sumud Flotilla (GSF) tidak membawa sebarang bantuan kemanusiaan seperti yang didakwa.
Menerusi perkongsian di laman Threads @lizzysavetsky, wanita itu dilihat membuat tinjauan di atas kapal berkenaan sambil melontarkan pelbagai dakwaan yang disifatkan palsu dan berniat jahat.
Advertisement
“Saya tak nampak sebarang barang bantuan, saya tak nampak apa-apa. Sangat pelik. Apa yang saya nampak cumalah plastik kondom dan peralatan dadah.
"Kami hias kapal Pro Hamas Flotilla itu dengan sedikit sentuhan gaya Israel,” katanya dengan nada mengejek.
Tindakan Lizzy nyata mengundang kecaman ramai apabila rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakannya yang dianggap menghina dan cuba memutarbelitkan fakta berkaitan misi kemanusiaan itu.
“Saya nak cakap, awak berbunyi seperti signal WiFi dari neraka yang lemah dan penuh kebod*han.
“Tindakan tak bermoral awak mencerminkan betapa tak bermoralnya IDF. Tiada siapa ke yang peduli pada kanak-kanak Palestin.
“Itu kapal awak, bukan kapal GSF. Cuba nak tipu fakta. Israel koyak.
“Awak dibayar untuk menipu ke. Bayar untuk propaganda ke,” komen netizen.
Sebagai rekod, misi Global Sumud Flotilla disertai lebih 500 aktivis dari 45 negara, termasuk 23 rakyat Malaysia, yang belayar menuju Gaza bagi membawa bantuan kemanusiaan dan menyatakan solidariti terhadap rakyat Palestin yang terus dizalimi.
Kesemua aktivis Malaysia dilaporkan selamat tiba di Istanbul selepas dibebaskan hasil usaha diplomatik Kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.