Sekilas
- Dua lelaki, Iwan dan Bambang, ditemui meninggal dunia di atas atap Masjid Miftahul Jannah di Brebes, Solo, enam hari selepas dilaporkan hilang.
- Penemuan mayat berlaku selepas ahli jawatankuasa masjid mengesan bau busuk dan ulat yang jatuh dari atap masjid tiga tingkat tersebut.
- Bedah siasat mengesahkan kematian mereka disebabkan renjatan elektrik beraliran tinggi ketika berada di atas atap masjid.
Misteri kehilangan dua lelaki sehari sebelum Syawal di Desa Pengaradan, Kecamatan Tanjung, Brebes, Solo diakhiri dengan penemuan yang menyayat hati.
Dikenali sebagai Iwan dan Bambang ditemukan telah membusuk di atas atap sebuah masjid iaitu Masjid Miftahul Jannah, enam hari selepas diberitakan hilang, lapor Detik.com.
Penemuan kedua-dua mangsa berlaku selepas ahli jawatan kuasa masjid menghidu bau busuk dan terdapat ulat jatuh daripada atap masjid tiga tingkat itu.
“Akhirnya dicari dari mana datang sumber bau busuk dan ulat sehingga kami menemukan dua mayat yang sudah membusuk di atas atap, berdekatan kubah,”ujar setiausaha kampung, Dwi Andriyanto.
Menerusi laporan sama, keduanya berada di atas atap masjid kerana bertemu seorang lelaki yang sedang menyelenggara lampu kubah kerana urusan keluarga.
Selepas bertemu, keduanya dikatakan telah beredar namun diketahui tidak lagi ditemui sejak 20 Mac atau hari terakhir Ramadan dengan motosikal mangsa masih berrada di kawasan masjid.
Hasil bedah siasat, kematian dua sahabat itu berpunca daripada terkena renjatan elektrik beraliran tinggi.