Skip to main content

Berita

Pelakon Wanita & Suami Sekali Lagi Ditahan, Kali Ini Melibatkan Kes Penipuan Jual Lembu

Pelakon Wanita Ditahan

Sekilas

  • Seorang pelakon wanita dan suaminya ditahan polis oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Dang Wangi berhubung kes penipuan pelaburan jual lembu.
  • Pasangan itu sebelum ini pernah direman berkaitan kes penipuan tanah kurnia dan darjah kebesaran dengan kerugian jutaan ringgit.
  • Beberapa laporan polis telah dibuat terhadap pelakon tersebut oleh mangsa yang mendakwa mengalami kerugian besar akibat penipuan.

Seorang pelakon wanita dan suaminya sekali lagi ditahan pihak polis bagi membantu siasatan kes penipuan pelaburan membabitkan penjualan lembu.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, pasangan itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

"Pelakon dan suaminya telah ditangkap oleh BSJK IPD Dang Wangi berkaitan pelaburan dalam penjualan lembu.

"Kedua-dua mereka akan dibawa ke mahkamah hari ini untuk permohonan reman," katanya

Pada 4 Mac lalu, pasangan ini telah ditahan di sebuah tempat disyaki menjadi tempat persembunyian mereka yang terletak di sebuah madrasah tahfiz Jalan Kuari Sungai Long, Batu 11, Kampung Sungai Serai, Hulu Langat, Selangor.

Penahanan itu dibuat susulan laporan polis yang dibuat seorang ahli perniagaan lelaki berusia 56 tahun di Seremban selepas mendakwa dirinya telah ditipu dalam urusan penjualan lot tanah kurnia di Selangor yang membabitkan kerugian kira-kira RM1.5 juta.

Mereka kemudiannya direman selama tiga hari sehingga 7 Mac untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Selepas tamat tahanan reman, pelakon terebut bersama suaminya turut disiasat bagi kes penipuan darjah kebesaran membabitkan kerugian kira-kira RM23,000.

Reman pasangan itu kemudian disambung sehari lagi untuk melengkapkan siasatan.

Terdahulu, seorang usahawan produk kecantikan mendakwa dirinya menjadi mangsa penipuan seorang pelakon wanita bersama suaminya sehingga menyebabkan kerugian mencecah ratusan ribu ringgit.

Dakwa wanita itu lagi, ini bukanlah kali pertama pelakon tersebut terlibat dengan kes penipuan bahkan beberapa laporan polis sudah dibuat.

Sumber: Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

Ceramic Plate

Ceramic Plate

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Must-Watch Video

Advertisement