Skip to main content

Berita

Rakaman Pesawat Pengangkut Antonov An-22 Rusia Putus Dua Di Udara Sebelum Terhempas Tular

Rakaman Pesawat Pengangkut Antonov An-22 Rusia Putus Dua Di Udara Sebelum Terhempas Tular

Sekilas

  • Pesawat pengangkut Antonov An-22 Rusia terputus dua di udara sebelum terhempas di wilayah Ivanovo, mengorbankan tujuh kru dalam penerbangan ujian selepas penyelenggaraan.
  • Rakaman video menunjukkan pesawat mengalami kerosakan struktur serius dan menjunam sebelum terputus dua dan terbakar di udara.
  • Insiden ini menandakan berakhirnya era operasi An-22 yang sudah usang, dengan siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca nahas dan menimbulkan perdebatan mengenai pemodenan armada udara Rusia.

Angkatan Aeroangkasa Rusia, Antonov An-22 Antei, dilaporkan terputus dua di udara sebelum terhempas berhampiran takungan Uvod di wilayah Ivanovo, timur laut Moscow, mengorbankan kesemua tujuh kru.

Rakaman video yang dikongsi komuniti risikan sumber terbuka (OSINT) Supernova+ dan disahkan beberapa media antarabangsa menunjukkan pesawat era Soviet itu mengalami kerosakan struktur serius ketika penerbangan ujian. 

Dalam rakaman tersebut, pesawat kelihatan menjunam sebelum terputus dua dan terbakar di udara.

Menurut laporan Newsweek dan AviationNews.eu, pesawat berkenaan sedang menjalani penerbangan ujian selepas kerja penyelenggaraan apabila insiden berlaku.

Kementerian Pertahanan Rusia mengesahkan tiada mangsa terselamat dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca nahas.

 

🚨🇷🇺 Russian Air Force An-22 Crash

Footage captures the moment a Russian Air Force An-22 heavy transport aircraft suffered a catastrophic failure mid air before crashing into the Uvodskoye reservoir in Ivanovo.

The aircraft was conducting a post-refurbishment test flight.

As… pic.twitter.com/t0vB6Ytmtm

— Defence Index (@Defence_Index) December 15, 2025

An-22, yang mula beroperasi pada 1965, merupakan pesawat pengangkut turboprop terbesar di dunia dan telah lama digunakan dalam operasi logistik tentera Rusia.

 

Insiden ini menandakan berakhirnya era operasi pesawat tersebut yang kini dianggap usang dan berisiko tinggi untuk terus digunakan.

Pihak berkuasa Rusia belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai punca teknikal nahas, namun pakar penerbangan antarabangsa menyatakan usia pesawat dan tekanan struktur mungkin menjadi faktor penyumbang.

Nahas ini turut mencetuskan perdebatan dalam kalangan penganalisis ketenteraan mengenai keperluan Rusia mempercepatkan pemodenan armada pengangkut udara mereka, memandangkan kebergantungan terhadap pesawat lama seperti An-22 boleh mendatangkan risiko keselamatan tinggi.

Sumber: Astro Awani

Must-Watch Video

Advertisement