Skip to main content

Berita

“Terpaksa Minum Air Tandas Untuk…” - Heliza & Hazwani Cerita Kekejaman Rejim Zionis Sewaktu Ditahan

Heliza & Hazwani

Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi berkongsi pengalaman ngeri ketika ditahan oleh tentera Israel sewaktu menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) baru-baru ini.

Dalam satu perkongsian bersama Astro AWANI, Heliza menceritakan bagaimana dia dan rakan sukarelawan lain dilayan dengan kejam ketika berada dalam tahanan termasuk tidak diberi makan dan minum selama beberapa hari.
“Tentera mereka memang sangat jahat. Kami diikat tangan bukan di depan, tapi di belakang entah berapa jam. Kali terakhir kami diberi makan dan minum ialah pada 1 Oktober.

Advertisement

“Selepas itu, kami langsung tak dapat makan dan minum lagi. Kami semua sangat dehydrated (kering tekak dan badan lemah). Bila kami minta air, mereka buat tak tahu saja. Akhirnya, kami terpaksa minum air tandas untuk terus hidup.

“Di dalam penjara itu kami dah rasa macam nak mati sebab tak ada air. Dan bila saya fikir, kalau kami yang cuma beberapa hari pun dah begini, bagaimana pula dengan rakyat Palestin yang bertahun-tahun hidup diseksa?” katanya.

Dalam pada itu, adik kepada Heliza iaitu Hazwani Helmi yang turut mengikuti misi sama berkongsi detik sebelum dia dimasukkan ke penjara apabila disoal oleh tentera Israel mengenai tujuan penyertaannya ke Gaza.

“Sebelum dimasukkan ke penjara, dia tanya saya, ‘Kenapa kamu nak pergi Gaza?’ Saya jawab sebab nak beri bantuan makanan. Dia pandang saya dengan sinis dan cakap ‘Welcome to jail’.

Waktu itu saya sedar, hanya kerana kami mahu membantu orang yang lapar dan tidak berdosa, kami diperlakukan sebegini. Dunia perlu tahu hakikat ini,” tegasnya.

Misi Global Sumud Flotilla disertai lebih 500 aktivis dari 45 negara, termasuk 23 rakyat Malaysia, yang belayar menuju Gaza membawa bantuan kemanusiaan dan simbol solidariti terhadap rakyat Palestin yang dizalimi.

Kesemua aktivis Malaysia kini selamat tiba di Istanbul selepas dibebaskan hasil usaha diplomatik Kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Must-Watch Video

Advertisement