Tempatan
Alpine A110 Felipe Pantone Disasarkan Kepada Pengumpul Dan Pencinta Seni
Walaupun sudah empat tahun berada di pasaran, Alpine A110 amat jarang dilihat di jalan raya dan ini secara tidak langsung memberikannya status ‘rare’. Menjadikannya lebih eksklusif adalah model edisi terhad ini yang dihasilkan dengan kerjasama arits kontemporari dari Argentina iaitu Felipe Pantone.
Daripada empat unit yang dihasilkan, hanya tiga unit akan ditawarkan kepada pembeli dan setiap satu boleh didapati pada harga 125,000 Euro (RM632,800). Bagaimanapun, Alpine akan mengenakan syarat-syarat tertentu kepada pihak yang berminat untuk mendapatkannya. Tambah syarikat itu lagi, kereta ini dianggap sebagai objek seni yang lebih disasarkan kepada pengumpul dan pencinta seni berbanding peminat kereta.
Sebelum menyertai projek ini, Pantone menghabiskan masa yang lama mengkaji jenama Alpine dan sejarahnya, serta memandu kereta sport Perancis itu bagi memahami karakternya. Hasilnya adalah interpretasi moden, dinamik dan elegan yang disampaikan menerusi grafik garisan yang membuatkan kereta itu kelihatan pantas walaupun ia tidak bergerak. Selain warna bendera negara kelahiran Alpine, ia juga menampilkan dua warna signatur Pantone iaitu hitam dan putih.
Advertisement
Grafik itu dihasilkan dengan tangan oleh artis itu sendiri dan mengambil selama beberapa minggu untuk disiapkan. Bagi menjadikan jentera ini lebih unik dan eksklusif, setiap unit yang bakal dijual akan menampilkan variasi grafik yang sedikit berlainan antara satu sama lain. Turut disertakan adalah plak nombor siri berserta tanda tangan Pantone.
Model edisi khas ini menggunakan varian A110S sebagai asas. Ia dikuasakan oleh enjin turbo 1.8-liter empat silinder yang menghamburkan 292PS dan 320Nm, iaitu 40PS lebih tinggi berbanding A110 standard. Dengan transmisi automatik klac berkembar tujuh kelajuan yang menggerakkan roda belakang, ia mampu memecut dari 0 hingga 100km/j dalam 4.4 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 250km/j.
Must-Watch Video