Caterham Cars melancarkan sebuah versi CSR baharu iaitu model yang paling berkuasa iaitu Seven 485.

Varian 485 CSR itu adalah model paling utama dalam rangkaian Seven dan menawarkan kuasa setinggi 237PS dengan tork sekuat 206Nm daripada enjin dua liter Ford Duratec.

Ditawarkan pada harga €54,995, Caterham 485 CSR itu mampu memecut dari kedudukan pegun hingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam tempoh 3.9 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 225km/j.

485 CSR mempunyai beberapa tambahan komponen yang membezakannya dengan model standard 485 termasuk sistem suspensi hadapan dan belakang, rim aloi 15 inci CSR, tayar Avon ZZS dan komponen kit badan. Jentera ini cuma seberat 580 kilogram.



Varian binaan Caterham ini termasuk panel dalaman karpet, papan pemuka gentian karbon, kerusi kulit boleh laras, stereng Momo boleh ditanggalkan, LSD dan empat pilihan warna cat.

Ketua Pegawai Eksekutif Caterham Cars, Graham Macdonald berkata, jentera itu adalah model Caterham Seven paling unggul untuk dimiliki jika anda berada di luar United Kingdom.”

Ada beberapa opsyen untuk pemilik yang mahu meningkatkan kemewahan dan elemen sport jentera dan ini termasuk pilihan gentian karbon sayap hadapan, panel sisi disalut material kulit karbon, papan pemuka hitam Alcantara dan lampu LED DRL.