Antarabangsa

Honda Malaysia Tunjuk Lampu City Baharu

gempak
Erywan
07/08/2020
09:04 MYT
Sponsor Banner
Honda Malaysia Tunjuk Lampu City Baharu
Honda City yang ada dipasaran kini boleh dikatakan dihujung ‘hayatnya’ dan ia pastinya akan diperkenalkan dengan generasi model baharu.
Sebelum ini, beberapa keping gambar sudah pun disiarkan dalam Facebook rasmi Honda Malaysia termasuk bentuk pada gambaran sisi, lampu hadapan dan kali ini pula adalah lampu belakang.
Bagi Honda City baharu itu, ia sebenarnya sudah diperkenalkan sempena Thailand Expo 2019. Bagi pasaran Malaysia pula, ia dijangka dilancarkan pada tahun ini.
Model kereta segmen B itu bakal tampil dengan reka bentuk baharu yang lebih sporty dan difahamkan ruang dalamannya lebih premium serta eksklusif.
Selain penampilan baharu, model berkenaan akan dilahirkan dengan enjin berkuasa turbo. Cuma kuasa turbo itu adalah bagi meningkatkan prestasinya selepas menggunakan enjin lebih kecil iaitu berkapasiti 1 liter dengan tiga silinder.
Biarpun enjin kecil, prestasinya hampir sama dengan rangkaian kuasa 1.5 liter apabila mampu menyalurkan 118hp dan tork setinggi 200Nm. Pastinya, enjin itu memberi penjimatan bahan api serta tawar prestasi lebih mengagumkan.
Jadi untuk pasaran Thailand sahaja, dua varian enjin ditawarkan. Namun bagi pasaran Malaysia, masih lagi tidak kedengaran sama ada enjin turbo itu akan dibawa masuk atau tidak, tunggu pengumuman kami nanti.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live