Tempatan

Lexus LC 500 Convertible, Lulus Ujian Beku Sehingga -18 Celsius

gempak
Erywan
04/06/2021
04:05 MYT
Sponsor Banner
Lexus LC 500 Convertible, Lulus Ujian Beku Sehingga -18 Celsius
Ada satu tanggapan dalam industri automotif bahawa kenderaan keluaran Lexus lebih tahan lama dan lasak jika dibandingkan dengan pesaing-pesaingnya dari Jerman iaitu Audi, BMW dan Mercedes-Benz. Namun sejauh manakah kebenarannya?
Bagi membuktikan ketahanan dan kualiti kenderaan buatannya, jenama dari Jepun itu telah meletakkan sebuah LC500 Convertible di dalam sebuah unit penyejuk beku berskala industri di lapangan ujian Millbrook di Bedfordshire, United Kingdom.
Apa yang menarik, bumbung supercar itu dibuka dan keseluruhan bahagian luarannya disembur dengan air bagi memastikan lapisan ais terbentuk. Ia ditinggalkan di dalam unit itu semalaman pada suhu -18 Celsius.
Menurut Lexus, suhu yang ditetapkan itu cukup sejuk untuk membekukan getah dan ujian itu dilakukan untuk melihat jika komponen-komponen seperti sistem pendingin hawa dan pemanas, tempat duduk dan stereng terjejas sekiranya terdedah kepada cuaca sejuk yang ekstrem.
Selepas 12 jam, pemandu profesional Paul Swift ditugaskan untuk memandu uji LC500 Convertible itu di laluan berbukit sekitar Millbrook. Dengan menekan butang penghidup enjin sekali sahaja, enjin aspirasi natural 5.0-liter V8 itu kembali hidup seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Bukan itu sahaja, panel instrumen dan skrin sistem infotainmen juga beroperasi seperti biasa, menunjukkan bahawa tidak ada sebarang kerosakan pada sistem elektronik dan pendawaian kereta itu.
Sistem Climate Concierge yang merupakan ciri eksklusif model ini juga terbukti berfungsi dengan baik apabila ia memanaskan stereng dan tempat duduk bagi memastikan Swift dapat memandu dengan selesa.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024