Skip to main content

Gara-Gara Tak Suka Orang Gemuk, Lelaki Didakwa Serang Wanita Guna 'Cutter'

Astrogempak

Sekilas

  • Seorang lelaki gelandangan ditahan selepas menyerang wanita warga Vietnam menggunakan pisau cutter di Soi Silom 5, Bangkok.
  • Mangsa mengalami kecederaan di lengan dan menerima 14 jahitan di hospital.
  • Suspek mengaku menyerang kerana tidak suka orang gemuk, dan polis sedang menyiasat latar belakang serta motif sebenar kejadian.

Seorang lelaki gelandangan ditahan polis selepas menyerang wanita warga Vietnam menggunakan pisau ‘cutter’ sebelum mengaku bertindak demikian kerana tidak menyukai orang gemuk.

Bangkok Post melaporkan sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian di Soi Silom 5 di sini, selepas menerima panggilan sekitar jam 11.30 pagi, Sabtu lalu.

Suspek berusia 30 tahun itu telah menyerang mangsa, Nguyen Thi Ngoc Tram, 29, sebelum melarikan diri.

Mangsa dihantar mendapatkan rawatan di sebuah hospital dan menerima 14 jahitan akibat kecederaan di lengan.

Polis yang menjalankan siasatan berjaya mengesan dan memberkas suspek hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Siasatan awal mendapati lelaki yang memiliki berat lebih 100 kilogram itu mengaku menyerang mangsa dan mendakwa tindakannya didorong oleh rasa kebenciannya terhadap individu berbadan gempal.

Pihak berkuasa kini sedang melengkapkan siasatan bagi mengenal pasti sama ada suspek mengalami masalah mental atau mempunyai rekod jenayah lampau, selain menyiasat motif sebenar serangan itu.

Sumber: Sinar Harian



 

Anda mungkin berminat dengan

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Must Watch Video

Advertisement