Ramai Pasangan Yang Baru Berkahwin Pasti Pernah Ditekan Dengan Soalan, “Bila Nak Ada Anak?” Atau “Kenapa Belum Bunting Pelamin?”.
Hakikatnya, Tidak Semua Yang Orang Percaya Tentang Kesuburan Itu Betul.
Pencipta Kandungan, Muhammad Noor Zakaria Atau Mdno Berkongsi Empat Mitos Popular Mengenai Perkahwinan Dan Kehamilan Yang Sering Disalah Fahami Masyarakat.
Jelasnya, Ilmu Asas Tentang Kesuburan Sangat Penting Supaya Pasangan Tidak Terlalu Tertekan Dan Tahu Apa Yang Normal Serta Apa Yang Tidak.
1. Kahwin Terus Dapat Anak
Advertisement
Ramai Menyangka Selepas Kahwin Pasti Akan Hamil Segera Atau “Bunting Pelamin”. Hakikatnya, Peluang Untuk Hamil Setiap Bulan Hanyalah Sekitar 20% Hingga 25%.
👉 Jadi, Tidak Pelik Jika Selepas Beberapa Bulan Masih Belum Ada Rezeki Anak. Ia Masih Normal Selagi Tidak Terlalu Lama.
2. Kerap Bersama Tingkatkan Peluang Hamil
Ada Yang Percaya Semakin Kerap Hubungan Intim, Semakin Besar Peluang Untuk Mengandung.
Menurut Mdno, Ia Tidak Benar. Kesuburan Wanita Bergantung Pada Waktu Subur, Biasanya Sekitar Hari Ke-14 Kitaran Haid.
👉 Jika Bersama Terlalu Kerap, Kualiti Sperma Juga Boleh Menurun. Yang Penting Ialah Memilih Waktu Subur Yang Tepat.
3. Jantina Anak Ditentukan Ibu
Ramai Menyalahkan Isteri Apabila Hanya Melahirkan Anak Lelaki Atau Perempuan. Faktanya, Jantina Anak Ditentukan Sepenuhnya Oleh Sperma Ayah.
👉 Ovum Wanita Hanya Membawa Kromosom X, Manakala Sperma Lelaki Membawa Kromosom X Atau Y. Jika Sperma X Bertemu Ovum → Anak Perempuan (Xx). Jika Sperma Y Bertemu Ovum → Anak Lelaki (Xy).
4. Masalah Kesuburan Hanya Salah Perempuan
Mitos Paling Biasa Ialah Bila Pasangan Sukar Dapat Anak, Wanita Terus Dipersalahkan. Mdno Menegaskan, Lelaki Juga Menyumbang Besar Kepada Isu Ketidaksuburan.
Malah, Kajian Menunjukkan 60% Sampel Sperma Lelaki Yang Diuji Di Makmal Tidak Normal, Sama Ada Dari Segi Bentuk, Pergerakan Atau Jumlah.
👉 Kehebatan Atau Kemampuan Lelaki Tidak Menjamin Kesuburan. Yang Penting Ialah Kualiti Sperma Itu Sendiri.
Mdno Juga Mengingatkan Agar Masyarakat Lebih Terbuka Menerima Fakta Sebenar Mengenai Kesuburan.
Tekanan Terhadap Wanita Semata-Mata Hanya Menambah Beban Emosi.