Skip to main content

Gaya Hidup Wanita

Henti Sebarkan Mitos Minum Air Kelapa Boleh Buat Anak Putih - “Warna Kulit Anak akan Ikut Baka Keturunannya”

Hentikan Sebarkan Mitos Minum Air Kelapa Boleh Buat Anak Putih

Ringkasan AI

  • Dr. Imelda Balchin menegaskan warna kulit ditentukan oleh genetik dan ketentuan Tuhan, bukan oleh makanan atau minuman semasa hamil.
  • Beliau menggesa masyarakat supaya hentikan diskriminasi dan mitos berkaitan warna kulit, terutama yang menganggap kulit putih lebih baik.
  • Tiada bukti saintifik yang menyokong kepercayaan bahawa minum air kelapa boleh memutihkan kulit bayi dalam kandungan.
  • Air kelapa sesuai diminum oleh semua peringkat umur termasuk wanita hamil, asalkan tidak ditambah gula berlebihan.
  • Dr. Imelda menekankan pentingnya menghargai dan menerima warna kulit masing-masing tanpa prejudis atau diskriminasi.

Pakar Sakit Puan terkenal, Dr. Imelda Balchin, berharap masyarakat dapat menghentikan diskriminasi berdasarkan warna kulit dan jangan menyebarkan mitos yang tidak benar.

Menerusi perkongsian di akaun Facebook dan Threads miliknya, terdapat beberapa mitos yang tidak benar seperti kepercayaan bahawa minum air kelapa boleh memutihkan kulit bayi dalam kandungan.

Menurut Dr. Imelda, warna kulit seseorang adalah ketentuan Tuhan dan bergantung sepenuhnya kepada faktor genetik, bukan kepada makanan atau minuman yang diambil semasa hamil.

“Kita mesti hentikan diskriminasi warna kulit dan belajar menghormati semua warna kulit manusia. Kita mesti bersyukur dan menerima warna kulit kita yang dikurniakan Allah tanpa perlu mengubah warna kulit.

“Kita mesti berhenti memberi persepsi putih itu bersih seolah-olah warna hitam itu tidak bersih. Kita mesti belajar empati kepada semua lapisan masyarakat. 

“Berhentilah menyakitkan hati orang berkulit gelap dengan kata-kata seolah-olah warna kulit putih itu lebih baik dari warna kulit gelap,” coretnya.

Tegas Dr. Imelda lagi tiada bukti saintifik menunjukkan air kelapa boleh mempengaruhi warna kulit bayi. 

Malah katanya, air kelapa sesuai diminum oleh semua peringkat umur termasuklah wanita hamil, ibu selepas bersalin, kanak-kanak, mahupun warga emas, asalkan tidak ditambah gula berlebihan.

“Kalau omputeh dapat ayaq Nyok, depa kata ini minuman EXOTIK, kena import punya lah. Hangpa semua nak minum ayaq Nyok silakan. 

“Tiada larangan langsung semasa hamil, semasa tak hamil, selepas bersalin, kanak-kanak, dewasa, orang tua, asalkan jangan tambah gula. 

“Tapi janganlah menyebarkan mitos merapu tentang ayaq Nyok. Tunjuk saja kebaikan sebenar ayaq Nyok dari segi khasiat semulajadi. 

“Chek tak minum ayaq Nyok masa mengandung pun anak putih pasai bapak depa putih. Hangpa minum lah bergelen-gelen ayaq Nyok semasa mengandung pun, warna kulit anak akan ikut baka keturunannya juga,” jelasnya.

Berikut merupakan perkongsian penuh Dr Imelda:


 

Must-Watch Video

Advertisement