Skip to main content

Gaya Hidup

Misi Bina SME360: Kisah Poji’s Tempe Buktikan Bisnes Kecil Boleh Catat Jualan Cecah 7 Angka - “Dia Hanya Berbekalkan RM5 & Motor Pinjam”

Poji’s Tempe

Sekilas

  • Mohd. Fauzi Abdul Wafa berjaya membina empayar Poji’s Tempe bermula dengan modal RM5 dan motosikal pinjam, kini jenama tempe Bumiputera terkenal dengan jualan mencecah tujuh angka.
  • Dibimbing oleh Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman, Fauzi belajar strategi bisnes dan pemasaran sehingga Poji’s Tempe menembusi lebih 1,000 pasar raya serta melancarkan produk baharu Green Bytes.
  • Program Misi Bina SME360: Edisi Usahawan Bangkit 2026 akan diadakan secara atas talian pada 1-3 Disember 2025 untuk bantu usahawan PMKS bangkit dan bersedia hadapi cabaran bisnes 2026.

Siapa sangka, hanya dengan menjual tempe, seorangusahawan kecil yang dikenali sebagai Mohd. Fauzi Abdul Wafa kini berjaya mencatat jualan mencecah tujuh angka.

Kisah itu dikongsikan mentor kepada Fauzi iaitu Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman yang menceritakan kisah anakdidiknya yang kini merupakan pengasas kepada Poji’s Tempe.

Ujar Azizan, Fauzi yang dulunya ‘zero’ di Kuala Lumpur kinimenjadi usahawan berjaya sehingga produk keluarannyamenjadi antara jenama tempe Bumiputera paling dikenali.

“Saya tak nampak tempe. Saya nampak semangat, perjuangandan keberanian seorang lelaki kampung yang bangkitwalaupun pernah diragui,” kata Azizan.

Berbekalkan RM5 dan motor pinjam

Berkongsi lanjut, Azizan memaklumkan bahawa Fauzi pada awalnya hanya mahu terus hidup selepas bisnes pertamanyagagal teruk apabila gerai kecil tempat dia bergantung telahruntuh serta meninggalkan hutang yang banyak.

Fauzi kemudiannya memulakan kehidupannya dari bawahdengan berbekalkan hanya RM5 serta motosikal pinjam untukbekerja dengan membuat tempe, membungkus dan menghantar selama tiga tahun. 

Namun, hidupnya masih “stuck” sebelum Fauzi mula sedarjika dia terus mengulang cara sama, hasilnya juga akan sama.

“Dia ambil keputusan untuk belajar tentang bisnes dan dibimbing. Perubahan tak berlaku semalaman, tapi di situlahbermulanya proses membina bisnes berjaya dengan cara yang betul.” kongsi Azizan.

Poji’s Tempe tembus lebih 1,000 pasar raya

Fauzi kemudiannya menjadi anak didik kepada Azizan dan dengan bimbingan itu, Fauzi mula memahami aspek pentingdalam dunia bisnes seperti strategi, pemasaran, sistem dan kepimpinan. 

Perlahan-lahan, cara pemikirannya berubah menjadi seperti seorang CEO dan hasilnya, Poji’s Tempe bukan lagi bisneskecil tepi jalan.

Kini, Poji’s Tempe telah menembusi lebih 1,000 pasar rayaseluruh negara, memiliki lebih 100 kakitangan dan telahberjaya melancarkan produk baharu seperti Green Bytes iaitutempe sambal sira hijau siap makan tanpa pengawet. 

Misi Bina SME360: Persiapan PMKS Hadapi 2026

Melihat kepada usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang mahu bangkit dari kegagalan, Azizan dengan ini menjemput para usahawan untuk mengikuti satuprogram Misi Bina SME360: Edisi Usahawan Bangkit 2026 yang merupakan kerjasama terbaharu RichWorks X bersama Astro.

Program atas talian ini akan berlangsung selama tiga hariyang bertujuan memberi fokus besar kepada strategi pemasaran dan jualan yang merupakan nadi penting untukbisnes terus relevan memasuki tahun 2026.

Berikut merupakan butiran program bagi Misi Bina SME360: Edisi Usahawan Bangkit 2026

  • Tarikh: 1-3 Disember 2025
  • Platform: Zoom (Atas Talian)
  • Yuran: RM2997 (100% Ditaja RichWorks X)

“Kalau anda tengah terbeban, hilang semangat atau tertanya-tanya boleh ke bangkit semula… lihat saja Fauzi. Kalau diaboleh, kenapa tidak anda?” kata Azizan.

Tempat adalah terhad buat 1,000 usahawan pertama sahajadan pendaftaran boleh dibuat di sme360.my/gempak selagitempat masih tersedia.

Must-Watch Video

Advertisement