Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

All Stars Gegar Vaganza (2023) - Keputusan dan Info Penuh Setiap Minggu GV10!

Dinah Khairuddin
27/10/2023 09:04 MYT
Selepas 10 tahun bergemerlapan, pertandingan realiti nyanyian popular Gegar Vaganza (GV) mengumumkan musim terbaharu dengan menampilkan kesemua juara musim terdahulu dalam All Stars Gegar Vaganza!

All Stars Gegar Vaganza akan berlangsung mulai 24 September, setiap Ahad, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (Saluran 104) selama 12 minggu dan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam.

Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO. All Stars Gegar Vaganza juga akan ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.

SENARAI PESERTA ALL STARS GEGAR VAGANZA

Juara Musim GV1 – GV9:-

  1. Ayai Ilusi (GV1)
  2. Siti Nordiana (GV2)
  3. Azharina (GV3)
  4. Aishah (GV4)
  5. Noryn Aziz (GV5)
  6. Naqiu (GV6)
  7. Hady Mirza (GV6)
  8. Cliff Umar (GV7)
  9. Aliff Aziz (GV8)
  10. Jaclyn Victor (GV9)
Lima lagi penyanyi dari musim-musim lalu pula dipilih menerusi undian para peminat di laman sesawang www.gempak.com/gegarvaganza dari 29 Ogos ke 10 September 2023, 11.59 malam.

5 peserta ‘Hot Seat’ yang terpilih adalah:

  1. Tomok (GV9)
  2. Suki Low (GV8)
  3. Nikki Palikat (GV8)
  4. Ezad Lazim (GV2)
  5. Zamani (GV5)
  6. Liza Hanim (GV4)

HOS & JURI

Pengacara untuk musim ini ialah Nabil Ahmad dan Jihan Muse. Elly Mazlein (Kak Lina Pom Pom) hos untuk minggu 1-3 sahaja.

BERITA TRENDING: All Stars Gegar Vaganza: Kak Lina Undur Diri, Ini Respons Nabil Ahmad


Juri tetap ialah:-
  1. Datuk Ramli MS - Tok Ram, maestro muzik Malaysia dan bekas pengetua Akademia Fantasia
  2. Hetty Koes Endang - Bunda, penyanyi legenda Indonesia
  3. Datuk Syafinaz Selamat – penyanyi Malaysia, jurulatih vokal

FORMAT PERTANDINGAN

All Stars Gegar Vaganza masih mengekalkan format asal penjurian yang diadili berdasarkan sistem pemarkahan 100% oleh barisan juri profesional.

Peserta yang mendapat markah terendah akan disingkirkan. Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM200,000.

TONTON ALL STARS GEGAR VAGANZA [LIVE]

All Stars Gegar Vaganza akan bersiaran selama 12 minggu dan akan disiarkan secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 24 September setiap Ahad jam 9:00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104). Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.

Untuk pilihan tontonan yang lebih fleksibel, program ini juga boleh distrim melalui platform Atas Permintaan melalui Astro Box dan aplikasi Astro GO. SIARAN LANGSUNG GEGAR VAGANZA dari Auditorium MBSA setiap minggu juga boleh disaksikan di YouTube Astro Gempak, Portal Facebook LIVE atau Portal TIKTOK LIVE (@astrogempak).

CARA TENGOK KONSERT ALL STARS GEGAR VAGANZA LIVE - DAPATKAN TIKET GEGAR VAGANZA

Untuk peminat yang ingin menang tiket konsert GV10, boleh muat turun app My Astro untuk tebus untuk peluang memenangi tiket GV10 setiap minggu. Senarai pemenang tiket akan diumumkan setiap hari Jumaat.

TIKET FINALE GEGAR VAGANZA ON SALE
Dapatkan di Ticket2u.com.my!
Tempat: Axiata Arena, Kuala Lumpur
Tarikh: 10 Disember 2023

Harga-harga tiket 7 kategori tiket adalah seperti berikut:-
All Stars - RM688*
*Caj tiket sebanyak RM4 bakal dikenakan. Begitupun, pemegang tiket ini layak menyertai sesi Meet & Greet yang akan diadakan pada hari sama pukul 3 hingga 5 petang di Axiata Arena. Selain itu, pemegang tiket juga bakal menerima merchandise All Stars Gegar Vaganza.
Gegar - RM468
Vaganza - RM368
Vazz - RM288
Terangkat - RM188
Menyengat - RM128
Bintang - RM88
(10 peratus daripada hasil jualan tiket bakal disalurkan kepada Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin.)

Sementara itu, pelanggan Astro boleh menikmati diskaun sebanyak RM100 dengan pembelian tiket dilakukan menerusi aplikasi MyAstro.

KEPUTUSAN GEGAR VAGANZA 2023 (GV10)

Minggu Pertama (24 September 2023)

RECAP MINGGU 1: Persembahan Naqiu Jadi KPI Liza Hanim Dapat Hot Seat Terus Kedua Tertinggi, Jom Semak Markah-Markah Penuh

  1. Naqiu – Di Bawah Pohon Asmara (Jaclyn Victor) - 80.75%
  2. Liza Hanim – Jangan Kau Mimpi (Allahyarham Siti Sarah) - 79%
  3. Jaclyn Victor – Janji Manismu (Aishah) - 71.75%
  4. Nikki Palikat – Bertakhta Di Hati (Farahdhiya) - 71.25%
  5. Hady Mirza – Segalanya Kuterima (Illusi) - 70.%
  6. Noryn Aziz – Ikut Rentakku (Jaclyn Victor) - 68.75%
  7. Ezad Lazim – Kembali Terjalin (Slam) - 65.5%
  8. Aliff Aziz – Wanita Seluruh Dunia (Projek Pistol) - 64%
  9. Tomok – Kata (Hazami) - 63.25%
  10. Zamani – Langkah Seiringan (Exists) - 61.25%
  11. Azharina – Angkara (Siti Nordiana) - 59.75%
  12. Suki Low – Hanya Di Mercu (Ayu Damit) - 58.5%
  13. Ayai Illusi – Cinta Beralih Arah (Aishah) - 55.5%
  14. Siti Nordiana – Beribu Sesalan (Shila Amzah, Ning Baizura & Jaclyn Victor) - 54%
  15. Dato’ Aishah – Gemilang (Jaclyn Victor) - 51.25%
  16. Cliff Umar – Sayang Sayang (Aliff Aziz) - 50.5%

Saksikan rangkuman minggu pertama di Youtube Astro Gempak: HIGHLIGHTS MINGGU 1

TIADA PENYINGKIRAN MINGGU 1.

Minggu Kedua (1 Oktober 2023)
Tema Minggu 2: Ikut Tekak Sendiri

RECAP MINGGU 2: Kejutan, Cliff Umar & Suki Low Tersingkir Di Minggu Kedua GV10

  1. Hady Mirza – How Am I Supposed To Live Without You (Michael Bolton) – 79%
  2. Jaclyn Victor – Sepi Sekuntum Mawar Merah (Ella) -75.5%
  3. Azharina – Ayah (Rinto Harahap) – 74.5%
  4. Liza Hanim – Setelah Aku Kau Miliki (Shima) – 73%
  5. Aishah – Flashdance What A Feeling (Irene Cara) – 69.5%
  6. Noryn Aziz – Akhirnya Kini Pasti (Anita Sarawak) – 69.25%
  7. Nikki Palikat – Bersama Akhirnya (Ziana Zain) – 68.5%
  8. Tomok – Malam (Kembara) – 65.75%
  9. Naqiu – Setahun Sudah Berlalu (Alleycats) – 66.75%
  10. Siti Nordiana – Sepi (Aina Abdul) – 66.5%
  11. Ayai – Bunga Pujaan (Eddie Silitonga) – 66.25%
  12. Zamani – Sambutlah Kasih (Lovehunters) – 65.5%
  13. Aliff Aziz – Sampai Mati (Hazama) – 65.25%
  14. Ezad Lazim – Potret (Akim & The Majistret) – 60.5%
  15. Suki Low – Tak Ingin Usai (Keisya Levronka) – 56.25%
  16. Cliff Umar – Laskar Cinta (Dewa 19) – 53.25%

Tengok rangkuman minggu kedua di Youtube Astro Gempak: HIGHLIGHTS MINGGU 2

CLIFF UMAR & SUKI LOW TERSINGKIR.

Minggu Ke-3 (8 Oktober 2023)
Tema Minggu 3: Putar Kanan Kiri

RECAP MINGGU 3: Semak Markah Penuh Konsert Ketiga, Jaclyn Victor Tinggalkan Liza Hanim

  1. Jaclyn Victor – Bole Chudiyan (Sonu Nigam, Udit Narayan, Alka Yagnik, Amit Kumar, Kavita Krishnamurthy) – 76%
  2. Liza Hanim – Pantun Janda (Ami Hadi Mahdami) – 74.75%
  3. Naqiu – Santai (Faizal Tahir) – 74.5%
  4. Noryn Aziz – Kemelut Di Muara Kasih (Ziana Zain) – 66%
  5. Aliff Aziz – Kasih (Hetty Koes Endang) – 66%
  6. Nikki Palikat – Canggung (Wany Hasrita) – 65.75%
  7. Hady Mirza – Lemak Manis (Roslan Madun) – 65%
  8. Siti Nordiana – Temberang (Ayda Jebat) – 62.75%
  9. Tomok – Cinta Tak Karuan (Amigos) – 61%
  10. Azharina – Sayang Disayang (Rublah) – 58%
  11. Ezad Lazim – Zapin Rindu Rinduan (Sheqal) – 58%
  12. Aishah – Pematah Hati (Nabila Razali) – 57.25%
  13. Zamani – Yang Sedang Sedang Saja (Iwan) – 53.75%
  14. Ayai – Donde (Andi Bernadee) – 51.75%

Tengok rangkuman Minggu 3 di Youtube Astro Gempak: HIGHLIGHTS MINGGU 3

TIADA PENYINGKIRAN MINGGU INI.

Minggu Ke-4 (15 Oktober 2023)
Tema Minggu 4: Berdua Bersatu

RECAP MINGGU 4: Beza Markah Sikit Sahaja, Liza Hanim Hampir Rampas Kedudukan Pertama

  1. Noryn Aziz (duet Liza Aziz) – I’m Every Woman (Chake Khan) – 85.25%
  2. Liza Hanim (duet Ziana Zain) – Madah Berhelah (Ziana Zain) – 85%
  3. Ayai Ilusi (duet M. Nasir) – Raikan Cinta (M. Nasir) – 83.25%
  4. Tomok (duet Stacy) – Menggegar Dunia (Adam & Stacy) – 74%
  5. Nikki Palikat (duet Wani Kayrie) – Tak Tercapai Akalmu (Elyana) – 66.75%
  6. Aliff Aziz (duet Aisyah Aziz) – If I Ain’t Got You (Alicia Keys) – 66%
  7. Naqiu (duet Misha Omar) – Aku Dan Dirimu (Ari Lasso & Bunga Citra Lestari) – 65.5%
  8. Ezad Lazim (duet Mamat) – Untukmu Ibu (Exist) – 63%
  9. Azharina (duet Azmi Saat) – Pupus (Dewa 19) – 62.5%
  10. Jaclyn Victor (duet Idayu) – Dialah Di Hati (Siti Nurhaliza) – 62.25%
  11. Zamani (duet Jamal Abdillah) – Aku Penghibur (Jamal Abdillah) – 61.5%
  12. Hady Mirza (duet Marsha Milan) – Tentang Rahsia (Judika & Shila Amzah) – 60.25%
  13. Siti Nordiana (duet Amir Masdi) – Ada Apa Dengan Cinta (Melly Goeslow ft Eric) – 49.75%
  14. Aishah (duet Vince) – Terlanjur Cinta (Rossa & Pasha Ungu) – 43.75%

Tengok rangkuman Minggu 4 di Youtube Astro Gempak: HIGHLIGHTS MINGGU 4

DATO’ AISHAH TERSINGKIR.

Minggu Ke-5 (22 Oktober 2023)
Tema Minggu 5: Misteri

RECAP MINGGU 5: Masalah Ear Monitor, Juri Tegas Markah Tetap Kena Potong

  1. Liza Hanim – Kembali Terang (Marsha Milan) - 70.50%
  2. Naqiu – Hakikat Sebuah Cinta (Iklim) - 69.75%
  3. Jaclyn Victor – Perpisahan (Anuar Zain) - 69.00%
  4. Nikki Palikat – Depresi (I Am Neeta) - 67.75%
  5. Aliff Aziz – Penghujung Rindu (Jamal Abdillah) - 66.75%
  6. Siti Nordiana – Ngajat Tampi (Noraniza Idris) - 66.25%
  7. Tomok – Biarlah Rahsia (Siti Nurhaliza) - 65.50%
  8. Ezad Lazim – Pada Syurga Di Wajahmu (Nash) - 64.00%
  9. Hady Mirza – Biru Mata Hitamku (Wings) - 62.75%
  10. Azharina Azhar – Ku Intai Cinta Dalam Rahsia (Jeslina Hashim) - 62.50%
  11. Noryn Aziz - Asmara (Anneke Grönloh)– 60.75%
  12. Zamani – Mahakarya Cinta (Faizal Tahir) - h3.75%
  13. Ayai – Pusara Di Lebuh Raya (Ekamatra) - 53.00%

Tengok rangkuman Minggu 5 di Youtube Astro Gempak: HIGHLIGHTS MINGGU 5

AYAI ILLUSI TERSINGKIR.

Minggu Ke-6 (29 Oktober 2023)
Tema Minggu 6: No Retreat, No Surrender

RECAP MINGGU 6: Semakin Tegas! Pernafasan, Stamina dan Lagu Leman Antara Komen Hangat Juri

  1. Liza Hanim- Rembulan (Krisdayanti) - 76.75%
  2. Hady Mirza – Hati (Hael Husaini) - 76.5%
  3. Azharina - Bilang Saja (Agnes Monica) - 75.25%
  4. Jaclyn Victor – Bencinta (Faizal Tahir) - 72.25%
  5. Naqiu - Bernafas Dalam Lumpur (Wings) - 71.75%
  6. Tomok - Episod Cinta (Boboy) - 70.75%
  7. Nikki Palikat - Cinta Dalam Hati (Ungu) - 69%
  8. Siti Nordiana - Cinta Tersimpul Rapi (Anis Suraya) - 67.75%
  9. Ezad Lazim - Pria Terhebat (Sheila On 7) - 64.5%
  10. Noryn Aziz - Seribu Impian (Casey) - 63%
  11. Aliff Aziz – Arjuna (Dewa 19) - 62%
  12. Zamani Slam - Kau Pergi Jua (Adam Ahmad) - 56.5

Tengok rangkuman Minggu 6 di Youtube Astro Gempak: HIGHLIGHTS MINGGU 6

ZAMANI TERSINGKIR.

Minggu ke-7 (5 November 2023)
Tema: Kau Ilhamku

  1. Hady Mirza - Romancinta (Mojo) - 79.25%
  2. Jaclyn Victor - Menghitung Hari (Salamiah Hassan) - 75.75%
  3. Liza Hanim - Gubahan Rindu Puisi Syahdu (Fauziah Latiff) - 70.25%
  4. Naqiu - Idola(Azlan & The Typewriter) - 70%
  5. Siti Nordiana - Tiada Kepastian (Ziana Zain) - 67%
  6. Tomok - Farhana (Jinbara) - 66.25%
  7. Azharina - Sejati (Faizal Tahir) - 65,5%
  8. Noryn Aziz - Gelombang (Salamiah Hassan) - 60.75% 
  9. Aliff Aziz - Gerhana Cinta Luka (Iklim) - 60%
  10. Nikki Palikat - Selagi Ada... (Cinta) (Ning Baizura) - 59.75% 
  11. Ezad Lazim - Seksa (Ukays) - 58%
EZAD LAZIM TERSINGKIR.
Tengok rangkuman Minggu 7 di Youtube Astro Gempak: HIGHLIGHTS MINGGU 7

Minggu ke-8 (12 November 2023)
Tema: Pilihan Tok Ram

RECAP MINGGU 8: Jiwa Tebal Leman, Britney Nordiana, Elvis Lima Ringgit Antara yang Dapat Perhatian Juri
  1. Aliff Aziz - Cik Mek Molek (Dato’ M Daud Kilau) - 78%
  2. Naqiu - Kuda Hitam (Hetty Koes Endang & Siti Nurhaliza) - 77.75%
  3. Tomok - Apa Dah Jadi (Tan Sri S. Selim) - 74.75%
  4. Hady Mirza - Gila Judi (Dato' M Daud Kilau) - 72%
  5. Jaclyn Victor - Hatinya Tak Tertahan (Nuraniza Idris) - 67%
  6. Azharina - Ya Maulai (Dato Sri Siti Nurhaliza) - 66%
  7. Siti Nordiana - Baby One More Time (Britney Spears) - 62.75%
  8. Liza Hanim - Ayam - 62.5%
  9. Nuryn Aziz - Kerana Pengalaman (Zaleha Hamid) - 57%
  10. Nikki Palikat - Semakin Rindu Semakin Asyik (Amelina) - 56.5%
Tengok rangkuman Minggu 8 di Youtube Astro Gempak: HIGHLIGHTS MINGGU 8
TIADA PENYINGKIRAN.

Minggu ke-9 (19 November 2023)
Tema: Duet 2.0 Astroverse
RECAP MINGGU 9: Aliff Aziz di tangga bahaya, ini markah penuh minggu ke-9!
  1. Jaclyn Victor - All I Ask (Adele) duet Nadeera - 82.88%
  2. Tomok - Tak Mungkin Berpaling (Slam) duet Black - 77%
  3. Hady Mirza - Kamu Yang Kutunggu (Rossa) duet Shiha - 73.25%
  4. Nikki Palikat - Drama King (Meet Uncle Hussein) duet Ara Johari - 73.13%
  5. Liza Hanim - Hati Kama (Siti Nurhaliza, Noraniza Idris) duet Noraniza Idris - 72.75%
  6. Naqiu - Samar Bayangan (Nicky Astria) duet Hazama - 72%
  7. Siti Nordiana - Teringin (Shima) duet Amelina - 63.13%
  8. Azharina - Ku Tak Bisa (Slank) duet Putera Muhammad - 63%
  9. Aliff Aziz - Jampi (Hael Husaini) duet Zaki Yamani - 62.75%
  10. Noryn Aziz - Tegar (Rossa) duet Dia Fadilla - 55.25%
NORYN AZIZ TERSINGKIR.
Tengok rangkuman Minggu 9 di Youtube: HIGHLIGHTS MINGGU 9

Minggu ke-10 - Suku Akhir (26 November 2023)
Tema: Fiesta Muzika & Fun Fair Tok Ram 2.0
RECAP MINGGU 10: Juri Particular Bab Tempo & Feeling, Tarian 'Plastik' Naqiu, Nafas 'Angsa' Azharina Antara Fokus Minggu-10!

1. Naqiu - 75%
Lagu 1: Bol Radha Bol (Mukesh)
Lagu 2: Ala Emak Kawinkan Aku (Zainorin Md Dom)

2. Hady Mirza - 71.5%
Lagu 1: Orak Arek (Datuk Zainal Abidin)
Lagu 2: Mak Siti (Blues Gang)

3. Jaclyn Victor - 71.25%
Lagu 1: Conga (Gloria Estefan & Miami Sound Machine)
Lagu 2: The Ketchup Song/Asereje (Las Ketchup)

4. Siti Nordiana - 70.5%
Lagu 1: Mehndi Laga Ke Rakhna (Lata Mangeshkar & Udit Narayan)
Lagu 2: Ayam Den Lapeh (Elly Kasim)

5. Tomok - 69.5%
Lagu 1: The Cup Of Life (Ricky Martin)
Lagu 2: Melodi Hati (Shawn Baharin)

6. Nikki Palikat - 68.75%
Lagu 1: Perhaps, Perhaps, Perhaps (Desi Arnez)
Lagu 2: Macarena (Los Del Rio)

7. Azharina - 65.75%
Lagu 1: La Bamba (Ritchie Valens)
Lagu 2: "Rambu Ramba (Noorshila Amin)

8. Liza Hanim - 63.25%
Lagu 1: Samudera (Datuk Nora Ariffin)
Lagu 2: Yaladan (S. Fauziah & Orkes Ghazal Sri Maharani)

9. Aliff Aziz - 55.75%
Lagu 1: Cindai (Siti Nurhaliza)
Lagu 2: Gambus Jodoh (Tan Sri P. Ramlee)

Tengok Gegar Vaganza Minggu 10 di Youtube: HIGHLIGHT MINGGU 10

Minggu ke-11 - Separuh Akhir (3 Disember 2023)
Tema: Kompilasi Kapak Leleh

RECAP MINGGU 11: Tomok Stailo Nyanyi Silang Kaki, Hady Mirza Dapat Gebrek, Semua Ke Final

1. Tomok - 80%
Lagu 1: C.I.N.T.A (XPDC)
Lagu 2: Bahalol (XPDC)

2. Nikki Palikat - 79.5%
Lagu 1: Pelesit Kota (Search)
Lagu 2: Gemuruh (Search & Wings)

3. Naqiu - 72.5%
Lagu 1: Memori Sekuntum Rindu (Spoon)
Lagu 2: It's My Life (Bon Jovi)

4. Hady Mirza - 70.75%
Lagu 1: Opera Hidup (Wings)
Lagu 2: Tragedi Oktober (Dato' Awie)

5. Jaclyn Victor - 69%
Lagu 1: Mistikus Cinta (Dewa 19)
Lagu 2: Taman Rashidah Utama (Wings)

6. Liza Hanim - 67.75%
Lagu 1: Paku (Ara Johari)
Lagu 2: Jangan Khianati Aku (Azlan & The Typewriter)

7. Azharina - 65.25%
Lagu 1: What's Up (Non Blondes)
Lagu 2: Livin' On A Prayer (Bon Jovi)

8. Siti Nordiana - 61.5%
Lagu 1: Hampa Hatiku (Ungu)
Lagu 2: Sudah Ku Tahu (Projector Band)

Tengok Gegar Vaganza Minggu 11 di Youtube: HIGHLIGHT MINGGU 11

Minggu ke-12 - Konsert Akhir (10 Disember 2023)

Pusingan 1: Solo
Tomok - Seberapa Pantas (Sheila on 7)
Nikki Palikat - Tragedi Buah Epal (Anita Sarawak)
Naqiu - Nur Nilam Sari (Dato' Awie & Search)
Hady Mirza - Making Love out of Nothing at All (Air Supply)
Jaclyn Victor - When You Believe (Whitney Houston & Mariah Carey)
Liza Hanim - My Heart Will Go On (Celine Dion)
Azharina - Halo (Beyoncé)
Siti Nordiana - Kisah Hati (Alyah)

Pusingan 2: Duet
Tomok dengan Armand Maulana – Terbang (Gigi)
Nikki Palikat dengan Dato' Zainal Abidin - Ikhlas Tapi Jauh (Dato' Zainal Abidin)
Naqiu dengan Cakra Khan - Kekasih Bayangan (Cakra Khan)
Hady Mirza dengan Dayang Nurfaizah - Seandainya Masih Ada Cinta (Dayang Nurfaizah)
Jaclyn Victor dengan Dato' Jamal Abdillah - Sandarkan Pada Kenangan (Dato Jamal Abdillah & Siti Sarah)
Liza Hanim dengan Aina Abdul - Terus Hidup (Aina Abdul)
Azharina dengan Dato' Ramli Sarip - Kamelia (Sweet Charity)
Siti Nordiana dengan Irfan (Seventeen) - Kemarin (Seventeen)

Pusingan 3: Gegaran Battle Vaganza
Kill This Love (Blackpink)
Tomok
Jaclyn Victor
Liza Hanim
Siti Nordiana

Sorry, Sorry (Super Junior)
Nikki Pallikat
Hady Mirza
Naqiu
Azharina

Keputusan Akhir

Baca recap All Stars Gegar Vaganza di sini: Jaclyn Victor Best, Liza Hanim Gebrek, Syafinaz Sayang Naqiu

1. Juara GV10 (All Stars Gegar Vaganza) - Jaclyn Victor
2. Hady Mirza - 75.74%
3. Nikki Palikat - 73.18%
4. Liza Hanim - 72.34%
5. Naqiu - 72.18%
6. Tomok - 71.46%
7. Azharina - 69.64%
8. Siti Nordiana - 61.14%

Tengok Highlights Finale All Stars Gegar Vaganza di sini: HIGHLIGHTS MINGGU 12

FAKTA MENARIK LAIN

Penaja utama All Stars Gegar Vaganza ialah Farm Fresh serta penaja bersama Digi, Cuckoo dan Adabi (Powercat).

Peserta juga berpeluang menangi anugerah lain, iaitu:-

1. DIGI Anugerah Gegaran Generasi Juara yang boleh diundi oleh peminat di https://voting.astro.com.my/anugerah-gegaran-generasi-juara. Pemenang memenangi hadiah RM1,000.

Pemenang Minggu 2: Zamani
Pemenang Minggu 3: Siti Nordiana
Pemenang Minggu 4: Naqiu
Pemenang Minggu 5: Naqiu
Pemenang Minggu 6: Siti Nordiana
Pemenang Minggu 7: Jaclyn Victor
Pemenang Minggu 8: Nikki Palikat
Pemenang Minggu 9: Aliff Aziz
Pemenang Minggu 10: Jaclyn Victor
Pemenang Minggu Terakhir: Siti Nordiana

2. Bintang CUCKOO Paling Gempak. Undi bintang kegemaran anda di aplikasi X dengan #GV10<NamaBintang> dan #CUCKOOxGV10. Bintang yang mendapat # paling tinggi akan memenangi produk Cuckoo.
Pemenang Minggu 1-3: Tomok
Pemenang Minggu 4: Naqiu
Pemenang Minggu 5: Hady Mirza
Pemenang Minggu 6: Naqiu
Pemenang Minggu 7: Tomok
Pemenang Minggu 8: Tomok
Pemenang Minggu 9: Naqiu
Pemenang Minggu 10: Naqiu
Pemenang Minggu Terakhir: Naqiu

3. POWERCAT Anugerah Bintang Paling Power Meow di mana RM2,000 dan produk Adabi bernilai RM500 dihadiahkan kepada peserta dengan markah tertinggi setiap minggu.
Pemenang Minggu 3: Jaclyn Victor
Pemenang Minggu 4: Noryn Aziz
Pemenang Minggu 5: Liza Hanim
Pemenang Minggu 6: Liza Hanim
Pemenang Minggu 7: Hady Mirza
Pemenang Minggu 8: Aliff Aziz
Pemenang Minggu 9: Jaclyn Victor
Pemenang Minggu 10: Naqiu
Pemenang Minggu 11: Tomok
Pemenang Minggu Terakhir: Jaclyn Victor

ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU. Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.

#GV10 #All Stars Gegar Vaganza #ASGV