Artis Korea
Cha Eun Woo, Shin Sung Rok Ambil Keputusan Tinggalkan Master In The House
Pelakon terkenal Korea, Shin Sung Rok dan Cha Eun Woo mengambil keputusan untuk menarik diri daripada program popular SBS, Master In The House.
Berita itu disahkan oleh pihak produksi Master In The House hari ini.
Menurut produksi, Sung Rok dan Eun Woo akan meninggalkan program tersebut selepas episod yang bersiaran pada 20 Jun ini.
“Shin Sung Rok dan Cha Eun Woo yang telah bersama-sama kami tidak kira waktu suka dan duka akan meninggalkan Master In The House selepas episod yang bersiaran pada 20 Jun ini.
“Setelah mengadakan perbincangan, pihak produksi mengambil kata putus untuk menghormati keputusan mereka berdua yang ingin memberikan fokus kepada kerjaya utama mereka.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Sung Rok dan Eun Woo yang kerap membuatkan kami tertawa sepanjang bersama Master In The House, kami juga akan sentiasa menyokong kerjaya mereka,” jelasnnya.
Selain Master In The House, Running Man juga bakal kekurangan anggotanya bermula minggu hadapan.
Ini kerana pada 27 April lalu, pelakon Lee Kwang Soo telah membuat keputusan mengejut apabila memilih untuk mengundurkan diri dari Running Man selepas 11 tahun bersama.
Keputusan itu dibuat kerana Kwang Soo memerlukan masa untuk pemulihan selepas mengalami kecederaan di bahagian buku lalinya akibat kemalangan tahun lalu.
Saksikan episod akhir Running Man bersama Kwang Soo akan ditayangkan pada Jumaat, 18 Jun 2021.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Sumber: Soompi
Must-Watch Video