Satu lagi pasangan pelakon drama hit Korea Crash Landing On You, Kim Jung Hyun dan Seo Ji Hye dilaporkan bercinta.

Berita itu didedahkan oleh portal eksklusif Korea, Dispatch hari ini.

Menurut Dispatch, Jung Hyun and Ji Hye sudah menjalinkan hubungan cinta kira-kira setahun selepas drama popular itu berakhir.

Selain itu pasangan ini juga dilaporkan lebih selesa bertemu dan menghabisan masa di rumah bersama-sama.

Jung Hyun juga dikatakan berpindah berhampiran dengan kawasan kejiranan Ji Hye yang terletak di Seongdong-gu pada tahun 2020 dan kini jarak diantara rumah mereka mengambil masa hanya 10 minit.

Malah Dispatch juga turut mendedahkan foto-foto eksklusif pasangan itu sebagai bukti.





Bagaimanapun, kedua-dua agensi Jung Hyun dan Ji Hye menafikan dakwaan tersebut.

Jung Hyun dan Ji Hye bertemu buat kali pertama di set penggambaran drama Dare to Dream pada tahun 2016 sebelum ditemukan sekali lagi menerusi Crash Landing On You pada tahun 2019.

Untuk info: Dispatch yang juga dikenali sebagai paparazzi Korea telah membina reputasi sebagai salah satu sumber untuk berita terkini dan foto eksklusif selebriti Korea.

Sejak tahun 2008, Dispatch terkenal bukan sahaja sebagai sumber berita eksklusif tetapi juga sebagai syarikat media yang pakar dalam meneliti dan mencari maklumat mengenai peristiwa kontroversi selebriti Korea.

Sebagai acara tradisi, Dispatch akan mendedahkan pasangan-pasangan selebriti popular yang bercinta setiap kali tiba tahun baharu.

Tahun lalu, Dispatch mendedahkan Kai EXO dan Jennie BLACKPINK menjalin hubungan cinta dan berita itu kemudiannya disahkan oleh agensi Kai, SM Entertainment.

Namun selepas sebulan berita itu didedahkan, pasangan ini dilaporkan berpisah setelah empat bulan menjalinkan hubungan cinta.

Awal tahun ini, Dispatch juga telah mendedahkan hubungan cinta pelakon drama terkenal, Crash Landing On You, Hyun Bin dan Son Ye Jin.

BACA: Impian Peminat Jadi Nyata! Pasangan Crash Landing On You, Hyun Bin, Son Ye Jin Sah Bercinta

Manakala pada 24 Februari lalu, Dispatch mendedahkan hubungan cinta pasangan idol popular iaitu G-Dragon dan Jennie BLACKPINK.

BACA: FOTO: Power Couple! Jennie BLACKPINK Dan G-Dragon Bercinta

Untuk mengetahu lebih lanjut mengenai dunia hiburan Korea, layari Gempak Chingu