Sama ada sedar atau tidak, tinggal beberapa hari lagi 2020 bakal meninggalkan kita semua.

Sepanjang tahun ini, terlalu banyak kejutan dan isu yang melanda dunia hiburan.

Tidak hanya di Malaysia, industri hiburan Korea juga turut berdepan dengan dugaan dan kontroversi sepanjang tahun 2020.

Insiden yang berlaku ternyata membuatkan peminat K-Pop sendiri mengakui bahawa 2020 merupakan antara tahun mencabar bagi industri hiburan Korea.

Sebelum 2021 mengucapkan ‘Hello’ apa kata kita imbas kembali antara isu terhangat K-Pop tahun ini.

1.Kontroversi MAMA Award 2020


Acara penganugerahan terbesar Asia, Mnet Music Award (MAMA 2020) menjadi topik hangat dan trending dunia di mana peminat K-Pop meluahkan kekecewaan selepas mengetahui kejadian disebalik tabir anugerah berkenaan.

Antara perkara yang dibincangkan adalah diskriminasi terhadap layanan artis, tiada ruangan menunggu dan artis dibiarkan menunggu di bahagian tempat letak kereta dalam keadaan kesejukan.

Malah portal eksklusif terhangat Korea, Dispatch juga membuat pendedahan mengenai lokasi studio yang buruk, berdebu dan masih dalam pembinaan.


2. Kes buli AOA Shin Jimin dan Mina


Sekitar Julai bekas anggota AOA, Mina mendedahkan dirinya dibuli ahli kumpulan tersebut. Disebabkan perkara itu juga Mina mengalami depresi dan pernah cuba untuk membunuh diri.

Mina juga berkongsi beberapa foto yang menunjukkan banyak parut keratan pada bahagian pergelangan tangannya.

Selepas pendedahan tersebut, Jimin kemudiannya membuat kenyataan sebelum mengumumkan keluar dari AOA.


3.Chen EXO Umum Kahwin, Peminat Fanatik Protest


Berita mengenai perkahwinan Chen EXO ternyata mengejutkan peminatnya.

Lebih-lebih lagi pada masa yang sama apabila Chen dilaporkan bakal bergelar bapa ternyata mengundang pelbagai reaksi peminat.

Berita itu juga membuatkan ada peminat fanatik yang membuat petition untuk mengeluarkan Chen dari EXO.

Mereka juga menggelarkan Chen sebagai pengkhianat selain menunjukkan tanda protes.

BACA: Mengejutkan! EXO Chen Dedah Bakal Berkahwin, Tunang Kini Sedang Hamil

BACA: EXO Chen Dah Jadi Bapa, Isteri Selamat Bersalin Baby Girl



4.Isu Perangai Buruk Irene Red Velvet


Seorang jurugaya mendedahkan sikap buruk atau masalah attitude Irene sepanjang mereka bekerjasama.

Kontroversi itu menjadi topik hangat netizen sehingga memaksa Irene dan pihak pengurusan SM Entertainment membuat permohonan maaf.

BACA: Mengamuk Dan Melontarkan Kata Kesat, Irene Red Velvet: "Saya Minta Maaf Dengan Sikap Bodoh Saya"


5.Agama BTS


Satu kumpulan di Telegram yang mewujudkan ruangan sembang sebagai ‘Agama BTS’ menjadi tular di media sosial.

Difahamkan ruangan sembang itu diwujudkan oleh sekumpulan peminat yang begitu taksub dengan BTS.

Bagaimanapun perkara sebenar terbukti apabila akaun itu sebenarnya diwujudkan oleh haters kumpulan berkenaan.

BACA: “Jangan Hina Agama!” - Army Cari Sampai Lubang Cacing, Kantoi! Agama BTS Sengaja Diwujudkan Haters


6.Kontroversi Penjarakan Sosial 97-liners


Nama empat idol popular iaitu BTS Jungkook , ASTRO Cha Eunwoo, NCT Jaehyun dan Seventeen Mingyu menjadi hangat selepas Dispatch mendedahkan mereka gagal mematuhi penjarakan sosial.

Mereka berempat juga didapati melawat beberapa kelab berbeza disaat Pusat Pengendalian Penyakit Korea (KCDC) mengeluarkan arahan kepentingan menjaga jarak sosial.

BACA: Agensi Benarkan Kabar Jungkook BTS Dan 3 Idol Kpop Kunjungi Kawasan Itaewon Saat Pandemi Corona


7. Lesap RM3.5 Juta, Lisa BLACKPINK Ditipu Pengurus Sendiri

Lisa telah alami kerugian sebanyak 1 Bilion Won (RM3.5 juta) selepas menjadi mangsa penipuan bekas pengurusnya sendiri.

Difahamkan pengurusnya itu menggunakan duit dan nama Lisa untuk tujuan berjudi.
Menurut laporan, Lisa sukar untuk mendedahkan perkara ini kepada umum kerana tidak mahu menjejaskan imej BLACKPINK.

BACA: Orang Paling Rapat Itulah Musuh! Lisa BLACKPINK Lesap RM3.5 Juta Ditipu Pengurus Sendiri


8.Kematian Oh In Hye Dan Kesan Lebam Di Badan


Kematian pelakon Oh In Hye pada mulanya diklasifikasikan sebagai cubaan bunuh diri namun selepas proses bedah siasat, dilaporkan mempunyai lebam-lebam pada bahagian tubuhnya.

Balai Polis Yeonsu menjelaskan ada kemungkinan berlakunya pembunuhan.

BACA: Lebam Ditemui Pada Bahagian Badan Oh In Hye, Polis Dakwa Ada Kemungkinan Dibunuh


9.Dibenci, Keluarga Jeon So Min Di Sumpah


Adik kepada pelakon dan anggota Running Man Jeon So Min mendedahkan keluarga mereka tertekan dengan komen negatif netizen.

Menurut adiknya, komen-komen yang negatif melampau itu bukan ditujukan kepada So Min sahaja sebaliknya dirinya juga turut terkena tempias.

BACA: “Keluar Running Man Atau Keluarga Di Sumpah!” - Benci Jeon So Min, Adik Juga Turut Dikecam

Tidak cukup dengan itu, So Min juga pernah menerima kecaman selepas episod terbaharu bersama kumpulan K-Pop terkenal BLACKPINK yang disiarkan Oktober lalu.

Hal tersebut berpunca selepas So Min memainkan peranan seoalah-olah dia merupakan anggota kelima BLACKPINK sewaktu pembukaan episod tersebut.

BACA: “Biadap! Kami Mahu Dia Keluar Running Man!” – Jeon So Min Dikecam Lepas Menari Lagu BLACKPINK Dan Tendang Jisoo

Rata-rata mereka melabelkan So Min sebagai seorang yang biadap kerana mempersendakan lagu BLACKPINK dengan tariannya.

So Min juga didakwa bertindak biadap ke atas Jisoo ketika menjalankan misi permainan apabila dia dikatakan telah menendang penyanyi itu dengan perlahan sebagai tanda gurauan.


10.Pelawak Korea Ditemui Mati Bersama Ibu


Dunia Korea Selatan sekali lagi dikejutkan dengan kematian selebriti mereka. Kali ini seorang pelawak dan hos wanita, Park Ji Sun dilaporkan ditemui meninggal dunia bersama ibunya pada Isnin, 2/11/2020.

Walaupun punca kematian keduanya belum diketahui secara rasmi, namun ada laporan mendakwa mungkin ia berkaitan dengan bunuh diri.

The Korea Herald melaporkan wanita berusia 36 tahun ini diketahui sedang menjalani rawatan berkaitan masalah kesihatan mental. Ibunya datang ke Seoul untuk menemani Ji Sun.

BACA: Punya Masalah Kesihatan Mental, Pelawak Dan Hos Korea Selatan, Park Ji Sun & Ibu Ditemui Mati

Oh! By the way guys, jangan lupa untuk sama-sama mengundi artis kesayangan korang yang tercalon dalam Gempak Most Wanted di sini.

Undian akan ditutup pada 28 Disember, jam 6 petang. Jadi tunggu apa lagi? Jom undi!