Anggota kumpulan H5, Honey dan K disahkan positif COVID-19.

Berita iru dimaklumkan oleh agensi mereka, HM Entertainment menerusi akaun sosial media.

Menurut HM Entertainment, Honey dan K telah pun menjalani ujian COViD-19.

“Kami ingin memohon maaf atas apa yang berlaku kepada anda yang sentiasa memberikan sokongan kepada mereka.

“Dengan arahan penasihat perubatan profesional dan agensi pentadbiran, kami akan mengambil langkah keselamatan dan berusaha untuk mencegah jangkitan serta penyebaran virus.

“Dan kami juga akan menjaga mereka dengan baik sehingga sembuh,” jelas wakilnya.

Dalam pada itu, mereka mendedahka Honey dan K mendapat jangkitan itu selepas membuat persembahan di Tokyo, Jepun.

Terdahulu, H5 merupakan sebuah kumpulan K-Pop dianggotai oleh penyanyi dan pelakon Korea yang aktif di Jepun.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU

Sumber: Koreaboo