Artis Korea

“Susah Tapi Seronok” – Kim Woo Bin Jelaskan Sebab Buka Instagram Sendiri

gempak
Mya Amri
23/02/2021
14:20 MYT
Sponsor Banner
“Susah Tapi Seronok” – Kim Woo Bin Jelaskan Sebab Buka Instagram Sendiri
Pelakon terkenal Korea, Kim Woo Bin mempunyai alasan tersendiri mewujudkan akaun Instagramnya pada 26 November tahun lalu.
Menurut Woo Bin, walaupun agak kekok untuk permulaan namun dia berasa seronok kerana dapat berinteraksi bersama peminat dengan lebih dekat.
“Pada mulanya agak sukar untuk saya membiasakan diri memandangkan ini merupakan kali pertama saya ‘berada’ di media sosial namun tidak dinafikan ia agak seronok.
“Secara jujurnya platform ini memudahkan saya untuk berkomunikasi dan memuat naik perkembangan terbaharu tentang aktiviti saya kepada peminat.
“Dengan memuat naik satu foto sahaja saya sudah dapat mengekpresikan atau menyatakan apa yang saya fikirkan atau lakukan pada masa tersebut,” kata sewaktu ditemu bual oleh majalah T Singapore untuk edisi Februari baru-baru ini.
Woo Bin sebelum ini sering kali menjadi mangsa akaun palsu yang diwujudkan atas namanya sehingga mengelirukan peminat.
Terdahulu, Woo Bin mengambil keputusan untuk berehat selepas disahkan menghidap kanser Nasopharyngeal pada Mei 2017 bagi memberi fokus untuk penyembuhan.
Nasopharyngeal merupakan sejenis kanser yang berlaku di antara saluran pernafasan dan tekak.
Woo Bin bernasib baik kerana kanser tersebut dikesan pada peringkat awal sebelum ia merebak ke bahagian lain.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU.
Sumber / foto: Soompi, T Singapore
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live