Perkongsian pengguna Twitter Akhi Fairuz Al-Jengkawi yang menggunakan akaun Twitter @akhifairuz_ tentang betapa pentingnya ibu bapa mendidik anak-anak dari awal lagi tentang perkara-perkara berkaitan seksualiti. Ini mampu untuk mendidik mereka dan membuatkan mereka faham apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan.

Saya tahu anak muda di Twitter ramai tak kahwin lagi, tetapi tolong jangan budayakan kesalahan turun temurun mendidik anak-anak berkaitan pembelajaran seksualiti. Mari saya senaraikan.

1. Memberi nama kiasan kepada kemaluan anak. Ia kesalahan asas yg biasa dilakukan. Masyarakat dulu fikir tak sopan.

2. Kemaluan lelaki ditukar jadi burung, bebird, belalai, batang dan lain-lain. Kenapa ia akan bawa masalah? Sebab anak-anak akan fikir hal kemaluan ini satu benda rahsia, tak elok dibincangkan secara umum. Elok ajar bahagian anggota badan daripada kepala ke hujung jari kaki, tetapi bila sampai bahgian kemaluan jadi burung. Nama dia zakar / penis.

3. Untuk anak perempuan lagilah ditukar jadi sampai lucah. Pepetlah, bunga, rama-rama, apam, karipap, b***t, dan terma lucah yang melampau.

Guna terma yang tepat, Faraj / vagina. Penukaran pada nama seperti yang disebut di atas akan membuatkan masyarakat jadikan ianya sebagai bahan lawak. Tolong hormat perempuan.

4. Tak ajar anak apa itu bahagian sulit. Anak tak tahu anggota badan mana boleh disentuh dan yang mana tak boleh. Apatah lagi ada orang tua yang jenis suka bergurau tarik kemaluan atau cubit bahagian itu. Ini salah!

Jika sentuhan tidak selamat berlaku, ajar untuk jerit kuat-kuat, lari dan mengadu.

5. Suka marah anak bila tanya pasal seks. Anak tanya awak sebab dia percayakan awak, wahai ibu bapa. Tak kisahlah dia tanya pasal air mani ke, rogol ke, mcm mana baby lahir ke, maksud rogol ke apa, wajib jawab guna laras bahasa yang mudah, straight to the point dan terus terang.

6. Ada ibu bapa yang nak cili mulut anak bila tanya pasal benda ni. Akhirnya, anak akan anggap bukan semua hal boleh ditanya atau dikongsikan dengan ibu bapa.

Kerana itulah apabila mereka ini menjadi mangsa cabul bapa, bapa saudara, abang, cikgu, mudir tahfiz dan lain-lain, mereka diamkan sahaja. Takut kena marah dan dituduh mereka cerita.

7. Selalu anggap perempuan kena cabul atau rogol kerana mereka pakai seksi. Hello! Bukan sebab pakaian ya. Yang elok bertutup pun kena juga. Kita kena ubah pemikiran ini.

Masalahnya adalah pada pelaku tersebut. Bukan mangsa. Pemikiran salahkan mangsa ini tak boleh ada dah sekarang.

8. Marah dan maki hamun perempuan buang anak. Walhal budak-budak yang buang anak ini takut kena belasah ibu bapa, orang pulaukan dia, diejek dan sebagainya.

Sepatutnya, gadis-gadis ini perlu diberi harapan, dibantu, diberi rawatan. Bukan semua gatal nak mengandung begitu saja. Ada yang jadi mangsa rogol, ada yang jadi mangsa sex grooming dari kecil, ada yang kena cabul masa kecil sampai seronok buat benda tu. Mereka adalah mangsa. Jari jangan cepat sangat menaip mengutuk. Ia tak selesaikan masalah.

Tolong bantu kawan macam ni dengan menghubungi 15999, letak bayi di baby hatch atau cari rumah bimbingan remaja hamil.

9. Mulut jahat sangat cakap gadis hamil luar nikah dosa tak diampunkan, diangkat nikmat sakit bersalin. Walhal, Tuhan itu Maha Pengampun. Lahirkan anak luar nikah ke apa, Tuhan ampunkan dosa kau. Sama je sakit. Tumpah darah bagai. Ketakutan dia saja atasi kesakitan lahirkan anak.

10. Jangan anggap hal seks anak akan tahu sendiri nanti. Kena ajar dari anak kecil. Jangan lepaskan tanggungjawab didik hal sebegini pada cikgu.

Yang bakal jadi mak ayah nanti, tolong bersedia dari sekarang. Banyakkan membaca. Cari video yang boleh membantu awak menguasai bab ini.

Cukup 10 point ni.

Saya perasan post yang lepas ada yang cakap kenapa tuju pada pakcik dan makcik. Mereka di Facebook. Saya aktif di Facebook juga. 2 tahun saya tak berhenti educate parents di sana. Dan ya, awak di twitter pun pakcik dan makcik juga, kepada anak saudara awak.

Wassalam.

Kredit Gambar: Google

Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter menggunakan akaun Twitter @akhifairuz_. Perkongsian beliau mendapat lebih 15,000 Retweet.Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.

Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.

Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke [email protected]