Kisah ini dikongsikan oleh seorang doktor perubatan, Dr Kamarul Ariffin di Twitter miliknya menggunakan akaun Twitter @dr_chaku tentang berita yang menyebabkan sorang wanita berada dalam keadaan kritikal dan tiga lagi sahabatnya terkorban akibat karbon monoksida ketika mereka tidur di dalam kereta.
Semalam viral berita seorang wanita dimasukkan ke hospital dan mengorbankan 3 lagi sahabatnya. Punca kematian adalah keracunan karbon monoksida akibat kebocoran gas itu pada kenderaan mangsa. Ia berlaku ketika mereka tidur di dalam kereta yang enjinnya dibiar hidup.
Kau orang tahu tak apa maksud kebocoran karbon monoksida pada kenderaan? Mana datang gas ini? Ia bocor dari mana ke mana? Bagaimana nak elakkan kebocoran gas ini?
Pembakaran bahan api dalam enjin kenderaan menghasilkan beberapa jenis gas yang berbahaya kepada kesihatan, dan salah satu daripada adalah karbon monoksida. Lazimnya gas ini akan dikeluarkan dari enjin melalui sistem ekzos yang terdiri daripada beberapa bahagian.
Sistem ini juga berfungsi untuk mengurangkan bahaya gas-gas berkenaan.
Gas pembakaran dari silinder enjin akan melalui:
Manifold/extractor Exhaust pipe
Oxygen sensor
Catalytic converter
Muffler/silencer
Tailpipe
Catalytic converter berfungsi untuk ubah karbon monoksida kepada gas yang lebih selamat iaitu karbon dioksida. Kebocoran karbon monoksida berlaku pada sistem ekzos pada sambungan antara enjin, manifold, exhaust pipe, catalytic converter atau pada komponen itu sendiri.
Catalytic converter ini diwajibkan untuk kenderaan masa kini untuk pastikan asap kenderaan lebih selamat. Namun, ada pemilik kenderaan buang catalytic converter daripada sistem ekzos sebab ia boleh meningkatkan sedikit prestasi enjin kenderaan mereka. Ini modifikasi bahaya.
Jadi, apakah yang langkah-langkah yang kita boleh lakukan untuk elakkan keracunan karbon monoksida akibat kebocoran gas itu daripada sistem ekzos kenderaan kita?
1. Jika ekzos berbunyi kuat dan kasar, serta ada bau asap yang menyengat hidung, itu merupakan antara tanda kemungkinan ada kebocoran pada ekzos. Bawalah kenderaan untuk diperiksa.
2. Jika keluar notifikasi/amaran logo enjin, periksa sekali sistem ekzos. Logo enjin itu juga akan menyala jika oxygen sensor mengesan ada masalah dengan pembakaran dan gas ekzos.
3. Jangan sesekali buang catalytic converter daripada sistem ekzos kenderaan kita. Ia adalah modifikasi yang membahayakan kesihatan dan alam sekitar, serta menyalahi undang-undang.
4. Tinggalkan amalan memanaskan enjin kenderaan jika kenderaan berada di kawasan yang agak tertutup, seperti di dalam garaj, kolong rumah, bangsal tertutup, dan sebagainya.
5. Tak usah tidur di dalam kenderaan berhenti yang enjinnya dibiarkan hidup, tidak kira tingkap terbuka atau tertutup, pendingin hawa dihidupkan atau dimatikan. Nak tidur dalam kereta, matikan enjin.
Kredit Gambar: Harrison Haines
Perkongsian ini dikongsi oleh pengguna Twitter Dr Kamarul Ariffin menggunakan akuan Twitter @dr_chaku. Beberapa perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyertai peraduan GempakSpot X Althea, hantarkan karya anda sekarang sebelum tarikh tutup peraduan pada 25 Oktober 2020 ke GempakSpot
Gempak Spot
Fri Sep 18 2020
Enggan Dedah Hal Rumah Tangga, Rusdi Ramli Anggap Lebih Bawa Mudarat Berbanding Kebaikan
Pelakon dan pengarah, Rusdi Ramli memilih untuk tidak membuka mulut perihal rumah tangganya sehingga menjadi bahan bualan masyarakat. Menurut pelakon Tanda Putera itu, walaupun ramai beranggapan kehidupan peribadi artis selalu menjadi tumpuan, namun dia tidak berpegang kepada prinsip itu. Tegas Rusdi, bercerita mengenai situasi perkahwinan di med
Rakan Artis Dedah Irma Hasmie Sudah Bercerai 6 Bulan Lalu
Kawan baik Irma Hasmie tampil mendedahkan kisah sebenar.
Dua Remaja Ini Antara Jemaah Haji Termuda Dari Pahang
Dua remaja berusia 16 tahun antara 1,588 jemaah haji termuda yang terpilih menjadi tetamu ALLAH sempena musim Haji Tahun 1445H/2024M.
Hariz Hamdan Pernah Diejek Gemuk, Berat Badan Cecah 98 Kilogram Ketika Usia 14 Tahun
Pelakon kacak, Hariz Hamdan mengakui pernah menjadi mangsa hinaan segelintir individu dan diejek gemuk ketika melewati usia remaja.
Ben Amir Lebih Selesa ‘Single’, Mahu Fokus Jadi Pelakon Aksi - “Saya Tengah Seronok Nak Bekerja…”
Ben Amir nak jadi pelakon filem aksi!
“Malu Ke Netizen Tahu Dunia Seni Malaysia Teruk…” - Wargamaya Tolak Solidariti Erma Fatima Terhadap Ruhainies & Sophia Albarakbah?
Rata-rata memberikan pendapat yang bertentangan dengan Erma.
Rizky Febian, Penyanyi Lagu Sial, Mahalini Kahwin 5 Mei Ini
Sejak bercinta dan mengikat tali pertunangan, hubungan asmara penyanyi Rizky Febian dan Mahalini tidak pernah surut dengan pertanyaan ‘bila nak kahwin’.
Atta Halilintar Akui Bukan Mudah Jadi ‘Daddy Muda’ - “Anak Perempuan Ini Tanggungjawab Atas Ayahnya Sampai Nikah”
Suka tengok Ameena & Azura.
Upload IG Story Makan Aiskrim, Jenama Coklat Ini Dikritik Kerana Dianggap Bekerjasama Dengan Ruhainies?
Aktres Ruhainies seakan-akan tidak dapat berhenti daripada menerima kecaman netizen tidak kira apa tindakan yang dilakukannya.
Seniman Mohon Sarah Yasmine Henti Keruhkan Keadaan, Rosakkan Imej Artis Malaysia
Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) menggesa wanita yang didakwa kekasih gelap kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine untuk menghentikan sebarang tindakan yang boleh mengeruhkan keadaan serta merosakkan imej artis Malaysia.