Perkongsian ilmu ini dikongsi oleh Muhammad Fahmi di Twitter menggunakan akaun Twitter @fahmirusliMFR tentang segelintir daripada kita yang mungkin menggunakan media sosial untuk mengumpat mahupun memaki hamun orang lain.

Kalau kita pernah mengumpat orang atau maki hamun seseorang di media sosial, cara bertaubat darinya adalah seperti berikut:

1- Jika orang itu tahu akan hal tersebut, maka keutamaannya kita berjumpa atau maklumkan sendiri kepada dia untuk meminta maaf.

2- Kalau orang tersebut tidak tahu, atau jika kita berjumpa akan menyebabkan masalah besar lain pula yang berlaku, maka memadai dengan kita beristighfar (memohon supaya Allah ampunkan) orang tersebut serta mendoakan kebaikan-kebaikan buat dirinya.

Ibn Al-Mubārak (w. 181 h.) berkata:

التَّوبَةُ مِنَ الغِيْبَةِ أَنْ تَسْتَغْفِرَ لِمَن اغْتَبْتَهُ

Maksudnya: Bertaubat dari ghībah (mengumpat) adalah dengan kamu memohon keampunan buat mereka yang kamu umpat.

Rujuk Bahjah Al-Majālis, Ibn ‘Abd Al-Barr (1/86)

3- Begitu juga, kita menceritakan kebaikan-kebaikan yang ada pada peribadi orang yang kita umpat atau maki tersebut, khususnya di majlis-majlis yang kita pernah mengumpatnya sebelum ini.

Ini kerana, Allah S.W.T berfirman :

إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ

Maksudnya: Sesungguhnya kebaikan-kebaikan itu, menghilangkan kejahatan.

Surah Hūd (114)

Kredit Gambar: @fahmirusliMFR

Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter Muhammad Fahmi menggunakan akaun Twitter @fahmirusliMFR dan mendapat hampir 2,000 Retweet dan lebih 3,000 Likes. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.

Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.

Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke GempakSpot