Adik ipar kepada pempengaruh dan usahawan sensasi, Prince Syed yang dikenali sebagai Iekyhwan mendakwa imej mewah yang sering ditayangkan oleh abang iparnya itu adalah palsu.
Menerusi satu potongan video di TikTok, Iekyhwan berkata video yang dimuat naik di sosial media itu adalah untuk tujuan ‘marketing’ semata-mata.
“Dia beli emas satu juta tu wayang sahaja, pergi kedai emas buat review. Dia ambil kesempatan buat video apa semua. Orang yang tengok pun rasa Fatin untung sebab dapat emas satu juta.
“Jadi masuklah media sana sini,” katanya.
Pada masa sama, Iekyhwan turut meminta untuk mana-mana pihak membongkar kebenaran mengenai abang iparnya itu.
“Kalau betulah semua tu, korang buat podcast. Tengok depan-depan yang bag terkini. Ambil bag tu dan korang cek sendiri,” ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mula berdebat dan berkongsi pandangan masing-masing mengenai pendedahan tersebut.
Sebelum ini, ibu mentua kepada Prince Syed mendakwa menantunya itu telah melarikan anak perempuannya dan menghalang keluarga daripada berjumpa.
Dalam satu video lain yang turut tular, wanita terbabit mendakwa anaknya kini dalam keadaan tidak sihat selepas menjalani prosedur bariatrik (pembedahan perut) yang dikatakan dilakukan atas desakan menantunya.
Advertisement
Sementara itu, hantaran lain di media sosial turut mendakwa Fatin mengalami komplikasi kesihatan serius termasuk dehidrasi teruk dan hampir lumpuh sebelum dibawa ke Hospital UiTM Puncak Alam.
Bagaimanapun, Prince Syed menafikan semua tuduhan berkenaan dan isterinya sendiri, Fatin Syazwani, tampil menjelaskan bahawa suaminya tidak pernah memaksanya menjalani prosedur tersebut semata-mata untuk menjual produk pelangsingan seperti yang tersebar di media sosial.
Difahamkan, Muhd Ikhwan Alif merupakan salah seorang daripada empat individu yang ditahan polis sebelum ini bagi membantu siasatan berhubung insiden perselisihan faham dengan Prince Syed.
Turut ditahan bersama ialah ibu mereka, Aminah Haniffa, 55; bapa, Ishak Saif, 59; serta abangnya, Muhd Syahmi Faiz, 31.
Bagaimanapun, semua mereka telah dibebaskan dari lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan kira-kira jam 7 malam semalam.