Sekilas
- Julia Claire Dargus dedah bapanya, Bruce Dargus, cuba mempengaruhi dia dan adik supaya membenci ibu mereka, Betty Banafe, selepas perceraian.
- Julia mengalami tekanan sehingga perlu mendapatkan terapi dan berharap pendedahan ini dapat beri keadilan kepada ibunya yang sudah lama berjuang di mahkamah.
- Betty mengakui konflik mahkamah dengan bekas suami masih berlanjutan walaupun sudah berpisah sejak 2019, melibatkan banyak kes saman dan komital.
Anak kepada pelakon, Betty Banafe iaitu Julia Claire Dargus sekali lagi mencuri perhatian apabila menjelaskan mengenai isu melibatkan ibu dan juga bapanya.
Menerusi hantaran di TikTok, Julia mendakwa bapanya iaitu Bruce Dargus cuba mempengaruhi pemikiran dia dan adik supaya membenci Betty selepas perceraian.
Dakwa Julia lagi, perbuatan bapanya itu juga telah membuatkan dirinya tertekan sehingga perlu merujuk dengan pakar.
"Hello semua, nama saya Julia dan saya berada di sini kerana ramai orang tidak faham mengenai video ibu saya yang telah tular.
“Secara dasarnya, saya, ayah dan adik saya mempunyai satu sesi di mana ayah saya memaksa saya dan adik untuk naik ke pejabatnya.
“Ayah telab bercakap buruk tentang ibu saya tanpa henti malah telah ‘brainwash’ orak saya dan adik untuk membenci ibu. Saya juga telah merujuk ke terapi disebabkan perkara ini dan sedang dalam proses pemulihan,” luahnya.
Perjelas Julia, pendedahan yang dibuat ini hanyalah untuk memberikan keadilan buat ibunya yang tercinta.
“Saya harap anda semua boleh berkongsi video ini supaya ibu saya boleh mendapat keadilan selepas lapan tahun berjuang untuk saya dan adik di mahkamah.
“Sejujurnya, saya sudah tidak tahan lagi. Apa yang saya katakan ini hanyalah sebahagian kecil daripada apa yang dia telah lakukan,” katanya lagi.
Di akhir video, Julia menegaskan bahawa apa yang diinginkan ketika ini hanyalah keamanan dan keharmonian dalam keluarga.
Terdahulu, tular satu video memaparkan bekas suami Betty iaitu Bruce Dargus yang hadir ke kediaman aktres iti bersama ahli keluarganya serta peguam bagi urusan berkaitan anak mereka.
Selepas penularan itu, Betty kemudiannya mengakui emosinya penat apabila konflik mahkamah dengan bekas suami masih belum selesai walaupun mereka telah lama berpisah.
“Saya sudah masuk tahun kelapan turun naik mahkamah hampir setiap bulan. Ada 17 kes saman difailkan termasuk lima komital, sedangkan banyak perkara langsung tiada kaitan dengan hak penjagaan sementara,” jelasnya.
Untuk rekod, Betty mendirikan rumah tangga dengan Bruce Dargus pada 8 Disember 2012 sebelum bercerai pada 10 Julai 2019. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Julia Claire Dargus, 13 dan Bruce Dean Dargus, 10.
Sumber: TikTok