Skip to main content

Viral

“Saya Tak Mahu Rakyat Muar Dibiarkan Susah Sendiri” - Syed Saddiq Salurkan RM50K Kepada Tabung Pendidikan

ASTROGEMPAK Syed Saddiq

Sekilas

  • Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, akan menyalurkan RM50,000 lagi kepada SSPN Muar sebagai sokongan pendidikan anak-anak di kawasan tersebut.
  • Beliau sebelum ini telah menyumbang RM100,000 untuk tabung pendidikan dan menyediakan lebih 3,500 unit komputer riba serta tablet kepada pelajar yang memerlukan.
  • Syed Saddiq mengambil pelbagai kerja sambilan untuk memastikan rakyat Muar tidak terabai dan terus mendapat bantuan pendidikan.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi hasrat untuk terus membantu pendidikan anak-anak di kawasannya.

 

Syed Saddiq memaklumkan dia akan menyalurkan lagi RM50,000 kepada SSPN Muar, iaitu tabung pendidikan untuk anak-anak di kawasan tersebut, bersamaan dua bulan gajinya sebagai wakil rakyat.

 

“Yay! Duit kerja masuk lagi. Minggu depan saya akan salurkan lagi RM50,000 untuk SSPN Muar (Tabung pendidikan) bersamaan dua bulan gaji saya sebagai Ahli Parlimen.

 

“Saya ambil pelbagai kerja sambilan sebab saya tak mahu rakyat Muar dibiarkan susah sendirian,” kongsinya menerusi Threads. 

 

Menurut beliau, sebelum ini sebanyak RM100,000 telah disumbangkan untuk akaun SSPN anak-anak daripada keluarga kurang berkemampuan di Muar.

 

Malah, usaha tersebut turut dilengkapi dengan inisiatif menyediakan lebih 3,500 unit komputer riba dan tablet kepada mereka yang memerlukan.

 

“Sebelum ini, saya dah sumbangkan RM100,000 untuk SSPN anak-anak keluarga susah di Muar. Ini juga di atas usaha menyediakan lebih 3,500 laptop dan tablet buat mereka yang memerlukan.

 

“Sedikit dari saya. Segalanya untuk Muar,” kata tunang kepada penyanyi dan pelakon Bella Astillah itu.  

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

Kids Android Tablet 7”

Kids Android Tablet 7”

Baseus Encok CZ11 HZ11 Wired Earphones Lateral In-ear Wire Control Ulta Low Latency For Samsung XiaoMi Huawei Vivo appo Phone Sports

Baseus Encok CZ11 HZ11 Wired Earphones Lateral In-ear Wire Control Ulta Low Latency For Samsung XiaoMi Huawei Vivo appo Phone Sports

Kids Android Tablet 7”

Kids Android Tablet 7”

UGREEN 240W PD3.1 Type C to Type C 480Mbps USB C Braided Fast Charging Cable for Macbook, iPhone 15 Pro Max, Tablets

UGREEN 240W PD3.1 Type C to Type C 480Mbps USB C Braided Fast Charging Cable for Macbook, iPhone 15 Pro Max, Tablets

【Jackson Yee's Pick】UGREEN Magnetic Wireless 10000mAh PowerBank Charger Magnetic Wireless 7.5W /Wired Charging PD20W 10000mAh Powerbank For iPhone 16 15 14 13 12 Pro Mini

【Jackson Yee's Pick】UGREEN Magnetic Wireless 10000mAh PowerBank Charger Magnetic Wireless 7.5W /Wired Charging PD20W 10000mAh Powerbank For iPhone 16 15 14 13 12 Pro Mini

Vention 22.5W PowerBank 20000mAh Built in Dual Fast Charging Cable Power Bank Portable Battery Charger For iPhone 15 14 13 Pro Max Xiaomi Samsung

Vention 22.5W PowerBank 20000mAh Built in Dual Fast Charging Cable Power Bank Portable Battery Charger For iPhone 15 14 13 Pro Max Xiaomi Samsung

Must-Watch Video

Advertisement