Sekilas
- Kamal Adli meminta orang ramai tidak membuat spekulasi mengenai masalah rumah tangganya dengan Uqasha Senrose kerana hanya mereka berdua yang tahu apa yang berlaku.
- Kamal menegaskan mereka menghadapi kesusahan bersama dan tidak mahu mendapatkan simpati daripada pihak lain.
- Pelakon itu berharap kemelut rumah tangga mereka dapat diselesaikan dengan baik dan memohon doa yang positif.
Pelakon Kamal Adli memohon agar tiada pihak membuat spekulasi mengenai punca kemelut rumah tangganya dengan aktres Uqasha Senrose.
Menurut Kamal, hanya dia dan Uqasha sahaja mengetahui apa yang berlaku termasuk kesusahan yang dialami mereka sepanjang perkahwinan.
“Kami saja yang tahu apa yang sebenarnya terjadi. Apa yang antara kami… kami saja (tahu). Bukan untuk kita nak kongsi, nak cerita kat sesiapa.
“Sebab ini memang hal keluarga, memang hal kami saja kan. Apa dia sakit, apa saya sakit, kita orang sama-sama sembuhkan.
“Bukan untuk saya nak pergi minta (bantuan) orang lain,” kata Kamal kepada Gempak.
Kamal berkongsi perkara itu bagi menjawab andaian netizen yang mendakwa Uqasha sudah ‘makan hati’ dengannya.
ARTIKEL BERKAITAN: “Behar Sumpah Kamal Agar Dapat Nasib Baik Seperti Fattah Selepas…” - Azhar Sulaiman
ARTIKEL BERKAITAN: Kamal Titip Pesanan Kepada Pihak Cuba Rapat Dengan Uqasha Senrose - “Dia Masih Isteri Yang Sah, Saya Wujud Lagi Ni”
Andaian itu timbul disebabkan kenyataan Uqasha sebelum ini yang mengatakan dia tidur sendirian sepanjang sembilan bulan mengandung.
Dalam pada itu, pelakon berusia 39 tahun ini juga menegaskan dia tidak pernah membuka ruang untuk meraih simpati daripada mana-mana pihak.
“Saya bukan nak buka ruang untuk orang simpati dengan saya. Saya buat dengan ikhlas. Dari dulu lagi kalau orang tahu, yang saya akan buat tanpa kisah apa orang cakap.
“Saya cuma nak cakap, yang saya sayang isteri saya. Dia dah bersama dengan saya, dah lalui macam-macam, sampai level saya nak mati depan mata dia.
“Jadi, kalau benda ini (kemelut rumah tangga) boleh selesai dengan baik, Insya-Allah doa yang baik-baik,” ujarnya lagi.