Sekilas
- Siri Keluarga Iskandar kembali dengan musim ketiga selepas lebih sedekad menyepi, menarik perhatian ramai peminat lama dan baru.
- Trailer rasmi yang dilancarkan mencatat lebih 600,000 tontonan dan mendapat pujian kerana mengekalkan elemen nostalgia serta relevan dengan penonton masa kini.
- Keluarga Iskandar 3 akan mula disiarkan pada 6 Februari, setiap Jumaat hingga Ahad jam 9 malam di Astro Ria dan boleh distrim di aplikasi Sooka.
Selepas lebih sedekad menyepi, akhirnya harapan para peminat tertunai apabila siri ikonik Keluarga Iskandar kini kembali dengan musim terbaharu, Keluarga Iskandar 3.
Pengumuman rasmi mengenai kebangkitan semula siri ini mula mencuri perhatian ramai selepas poster dan trailer rasmi dilancarkan baru-baru ini.
Apa yang menarik, ruangan komen di media sosial seolah-olah bertukar menjadi medan nostalgia, apabila rata-rata netizen meluahkan rasa rindu terhadap keluarga paling ‘havoc’ dan penuh warna ini.
Tidak kurang juga ada yang menganggap kemunculan semula siri ini sebagai comeback paling ditunggu-tunggu dalam sejarah drama tempatan.
Trailer rasmi yang dimuat naik di platform Bambam Studios turut mencatatkan pencapaian memberangsangkan apabila meraih lebih 600,000 tontonan, sekali gus membuktikan bahawa Keluarga Iskandar masih punya tempat istimewa di hati penonton.
Rata-rata netizen memuji jalan cerita yang masih mengekalkan ‘rasa’ lama, selain menyifatkannya sebagai segar dan relevan dengan penonton masa kini.



Antara perkara paling kerap dibangkitkan dalam ruangan komen adalah harapan agar barisan pelakon utama dikekalkan.
Manakala seorang lagi berkata, “Tak sabar nak tengok dinamika keluarga ni balik, harap lawak dan emosi masih jadi,” tulisnya.
Keluarga Iskandar 3 akan mula bersiaran pada 6 Februari, setiap Jumaat hingga Ahad, jam 9 malam di Astro Ria, dan turut boleh distrim menerusi aplikasi Sooka.