Skip to main content

Filem

FLEAK: “Sentuhan Manusia Masih Penting Dalam Sesebuah Karya…” - Ketua Pegawai Teknologi Anima

Astrogempak FLEAK

Sekilas

  • Ketua Pegawai Teknologi ANIMA, Jani Kuronen, menegaskan filem animasi FLEAK tidak menggunakan AI generatif, sebaliknya AI hanya sebagai alat sokongan dalam proses kreatif.
  • Jani menegaskan AI paling sesuai digunakan untuk membantu kerja kreatif tanpa menggantikan sentuhan dan nilai emosi manusia dalam menghasilkan karya.
  • Filem FLEAK mengisahkan semangat kanak-kanak kurang upaya menghadapi cabaran hidup dan kini ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia sejak 21 Mei.

Ketua Pegawai Teknologi ANIMA, Jani Kuronen menegaskan pihaknya tidak menggunakan kecerdasan buatan (AI) generatif dalam pembikinan filem animasi, FLEAK.

Menurut Jani, meskipun syarikat itu pernah menggunakan teknologi AI sebelum ini, ia hanya dijadikan sebagai alat sokongan dan bukannya menggantikan kreativiti manusia sepenuhnya.

“Kami tidak menggunakan AI dalam filem ini. Kami pernah menggunakan AI pada masa lalu, tetapi kami membina AI itu sendiri. Ia digunakan sebagai alat, bukan sebagai AI generatif,” katanya.

Jani juga berpandangan penggunaan AI yang paling sesuai dalam industri kreatif adalah sebagai medium membantu proses kerja dan bukannya mengambil alih keseluruhan penciptaan karya.

“Itulah kemungkinan terbesar dan penggunaan terbaik AI, termasuk dalam permainan video. Ia digunakan untuk menyokong sesuatu perkara dan bukan sebagai alat generatif,” ujarnya.

Pada masa sama, dia turut meluahkan kebimbangan terhadap penggunaan AI generatif yang berlebihan kerana ia boleh menghilangkan nilai kreativiti manusia dalam menghasilkan sesuatu karya.

“Apabila kita membiarkan AI melakukan segala-galanya, ia mengambil agensi daripada diri kita sendiri.

“Biasanya apabila kita menghasilkan sesuatu, kita sebenarnya sedang menulis kisah untuk diri sendiri, untuk memahami sesuatu yang kita tidak faham dan berkongsi dengan orang lain,” jelasnya lagi.

Tambah Jani, proses berkarya mempunyai nilai emosi dan kemanusiaan yang sukar digantikan sepenuhnya oleh teknologi.

“Jadi, menggunakan AI menjadikannya tidak lagi bermakna. Saya tidak fikir ia akan berjaya sepenuhnya.

“Walaupun ia tetap akan digunakan, saya percaya sentuhan manusia masih penting dalam sesebuah karya,” tambahnya.

Terbaharu, sebuah filem berjudul FLEAK mengangkat kisah semangat kanak-kanak kurang upaya dalam berdepan cabaran hidup. Filem tersebut telah berada di pawagam seluruh Malaysia sejak 21 Mei.

FLEAK adalah terbitan Anima Vitae, Anima Vitae Point, Animoon, dan Godo Films, dengan kerjasama Astro Shaw sebagai rakan pemasaran dan pengedaran di Malaysia.

FLEAK mengisahkan tentang keberanian, kehilangan dan penerimaan diri dalam sebuah dunia penuh keajaiban. 

Namun di sebalik pengembaraan tersebut, cabaran sebenar adalah untuk menghadapi dan menerima diri sendiri.

Anda mungkin berminat dengan

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Must Watch Video

Advertisement