Skip to main content

Rancangan TV

Gegar Vaganza 12: Shae Harap Iskandar Jadi Juara - “What A Wonderful Person, Dia Ada ‘Soul’, Suara Sedap…”

Shae harap Iskandar juara GV12

Sekilas

  • Shae berharap rakan seperjuangannya, Iskandar Ismail, menang Gegar Vaganza 12 kerana bakat dan dedikasinya yang luar biasa sepanjang pertandingan.
  • Shae menyeru peminat untuk beri doa, tenaga, dan perhatian kepada Iskandar yang berjaya mendapat markah tertinggi minggu separuh akhir dengan 77.75 peratus.
  • Gegar Vaganza 12 bersiaran setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria dan turut boleh distrim melalui Astro GO dan sooka.

Bintang Gegar Vaganza 12 (GV12), Shae berharap rakan seperjuangannya iaitu Iskandar Ismail merangkul gelaran juara bagi musim kali ini.

Menurut Shae, Iskandar merupakan seorang bintang yang sangat berdedikasi selain memiliki bakat nyanyian yang mengagumkan sepanjang penyertaan mereka di GV12.

Malah Shae juga turut menyeru peminatnya untuk memberikan doa, tenaga dan perhatian kepada Iskandar.

“Saya nak tengok Iskandar Ismail menang, jadi kepada sesiapa pun yang senang dengan saya, mendoakan Shae di GV12, tolong tukarkan ‘attention’ anda kepada Iskandar.

“Berikan Iskandar doa, tenaga dan perhatian anda kepadanya kerana dia memang patut menang,” katanya ketika ditemui Gempak.

Dalam pada itu, Shae turut memuji keperibadian Iskandar yang disifatkan sebagai seorang insan yang luar biasa dan sangat komited terhadap kerjayanya.

“Fantastic, what a wonderful person. Dia sangat bekerja keras. Saya sangat hormat padanya.

“Saya sangat kagum dan respek pada dirinya, dia ada ‘soul’, cara kerja bagus dan suara sedap,” ujarnya.

Terdahulu, minggu separuh akhir menyaksikan Shae diumumkan sebagai bintang yang tersingkir dengan markah 65.00 peratus.

Manakala Iskandar Ismail pula berjaya mendapat kedudukan pertama untuk minggu ini dengan markah sebanyak 77.75 peratus.

Selain Iskandar, lima bintang lain yang berjaya ke pentas akhir adalah Mark Adam, Mendua, Mell Sakura, Nubhan dan Ruri Repvblik.

Penganjuran Gegar Vaganza pada tahun ini masih mengekalkan Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS selaku juri.

Acara yang berlangsung selama 12 minggu ini dikendalikan oleh pengacara hebat Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad.

Gegar Vaganza 12 bersiaran secara langsung di MBSA Shah Alam, setiap Ahad, jam 9 malam, dan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (saluran 104).

GV12 turut boleh disaksikan melalui strim secara On Demand di Astro GO dan sooka.  Langgan Pek Astro One, hanya RM49.99 sebulan.

Strim hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga dan tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan.

Layari www.astro.com.myatau WhatsApp ke 03-9543 3838 untuk melanggan atau menaik taraf hari ini.

 

Must-Watch Video

Advertisement