Ringkasan AI
- Ahmad Iqbal Zulkefli, pempengaruh media sosial dan usahawan, pernah rasa bangga apabila ada wanita yang menaruh hati padanya.
- Namun, perasaan itu berubah menjadi tidak selesa apabila perhatian berlebihan mula mengganggu kehidupannya.
- Iqbal berkongsi pengalaman membuang beberapa staf yang menunjukkan minat terhadapnya kerana rasa terganggu.
- Dia tidak menyalahkan sesiapa atas perasaan itu tetapi berharap agar tidak sampai mengganggu orang lain secara berterusan.
- Iqbal menegaskan bahawa perasaan suka itu normal, tetapi perlu ada batas supaya tidak menimbulkan rasa serabut dan terganggu.
Pempengaruh media sosial dan usahawan, Ahmad Iqbal Zulkefli akui pernah berasa bangga apabila mengetahui ada wanita yang menaruh hati padanya.
Bagaimanapun kata Iqbal, perasaan itu tidak kekal lama kerana apabila bertambah usia, perhatian yang berlebihan mula menimbulkan rasa tidak selesa.
“Pernah tak kalian rasa serabut yang amat apabila selalu orang ada hati pada kalian?
“Bukan berlagak tetapi ini sering berlaku pada saya. Sebelum ini saya pernah buang beberapa orang staf setelah mereka ada hati.
“Zaman sekolah dulu saya rasa bangga ramai orang minat. Apabila dewasa kita sedar itu mengganggu kehidupan.
“Jujur, dari hari ke hari entah macam mana lagi mahu buat. Bagi yang tidak hadapi mungkin rasa ini seperti perasan sendiri tetapi kalau siapa selalu lalui ini pasti faham kan?” kongsinya menerusi hantaran di Thread.
Namun kata Iqbal, dia tidak menyalahkan sesiapa dalam hal yang berkaitan dengan perasaan cuma ada kalanya membuatkan dirinya rasa terganggu.
“Tidak salahkan hati. Sebab kita pun ada tersuka pada orang tanpa dirancang. Cuma apabila bertubi-tubi macam dah jelas orang tidak suka janganlah sampai buat orang rasa terganggu,” coretnya.
Berikut merupakan perkongsian Iqbal:

