Sekilas
- Pelakon Nadzmi Adhwa kecewa apabila permintaan doanya untuk isteri, Ardell Aryana, yang menyertai misi Global Sumud 2.0 disalah tafsir dan dikritik.
- Adhwa menegaskan bahawa perjalanan hidup ditentukan oleh Allah dan menyeru orang ramai untuk tidak mempertikaikan takdir yang telah ditetapkan.
- Ardell bersama delegasi Malaysia akan berlepas ke Barcelona sebelum meneruskan misi ke Gaza bagi menentang kepungan Israel dan membantu krisis kemanusiaan di sana.
Pelakon, Nadzmi Adhwa meluahkan rasa terkilan apabila niatnya memohon doa daripada orang ramai untuk isterinya iaitu Ardell Aryana yang terlibat dalam misi global Sumud 2.0 telah disalah tafsir sehingga menerima kritikan daripada segelintir pihak.
Menerusi perkongsian di platform Threads,Adhwa berkata setiap perjalanan hidup manusia telah pun ditentukan oleh Allah SWT dan tidak seharusnya mempertikaikan takdir yang telah ditetapkan.
“Minta doakan tapi di hina pula. Allah dah tulis perjalanan kita. Kalau Allah tak izin tak jadi dan kalau Allah tak izin mesti takkan pergi.
“Siapakah kita menidakkan takdir yang Allah tetap kan. Kan? Wallahualam,” coretnya.

Dalam pada itu, Adhwa juga turut mengambil kesempatan memberikan kata-kata semangat kepada isteri dan rakan-rakan yang menyertai misi tersebut untuk terus kuat.
“Kepada isteri dan sahabat sahabat saya dalam Sumud maafkan lisan mereka , mereka tidak tahu. Terus Sumud. Allah tahu niat kalian,” tulisnya.
Terdahulu, Ardell sekali lagi menyertai misi Global Sumud Flotilla 2.0.
Difahamkan Ardell dan delegasi Malaysia yang lain bakal terbang ke Barcelona terlebih dahulu sebelum meneruskan misi tersebut.
Selain Ardell, turut serta dalam misi kedua ini adalah Heliza Helmi, Hazwani Helmi, dan Haroqs.
Sekadar info, Delegasi Global Sumud Flotilla (GSF), yang menghimpunkan lebih daripada 80 kapal dan 1,000 peserta dari seluruh dunia, dijadualkan berlepas dari Barcelona ke Gaza pada 12 April.
Misi itu bertujuan menentang kepungan Israel ke atas Gaza selain memberikan respons terhadap krisis kemanusiaan dan politik yang semakin meruncing yang dihadapi rakyat Palestin.
GSF tahun ini dirancang untuk memberikan impak, dan menyifatkannya sebagai intervensi awam yang disusun rapi pada saat keganasan dan krisis kemanusiaan semakin memuncak.
Misi itu turut disertai petugas awam termasuk doktor, guru dan pembina ekologi, yang bersedia memberikan bantuan segera, perkhidmatan penjagaan komuniti dan pembinaan semula pada peringkat awal bersama-sama dengan rakyat Palestin.
Sumber: Threads @nadzmiadhwa