Ringkasan AI
- Ryzal Ibrahim berkongsi pengalaman ditegur pengawal keselamatan ketika cuba parkir di kawasan masjid yang dikatakan khas untuk tetamu VIP.
- Pengawal keselamatan menegur Ryzal walaupun dia meletakkan kereta di tepi jalan belakang pagar masjid, bukan di tempat VIP sebenar.
- Hantaran Ryzal mencetuskan perbincangan hangat di media sosial mengenai layanan istimewa di masjid yang dianggap tidak adil.
- Sesetengah netizen menyokong Ryzal dan menolak layanan berbeza di tempat ibadah, manakala yang lain berpendapat teguran itu wajar jika kawasan itu memang khusus untuk orang tertentu.
Pempengaruh media sosial, Ryzal Ibrahim memuat naik hantaran mengenai insiden yang berlaku di kawasan masjid ketika dia ingin menunaikan solat baru-baru ini.
Dalam hantaran berkenaan, Ryzal ditegur oleh seorang pengawal keselamatan kerana didakwa meletakkan kereta di kawasan khas untuk tetamu VIP.
Hantaran itu segera mencetuskan perbincangan dalam kalangan pengguna media sosial. Ada yang bersimpati dengan Ryzal dan bersetuju bahawa layanan istimewa di tempat ibadah tidak seharusnya diberikan hanya kepada golongan tertentu.
Mereka berpendapat bahawa masjid sepatutnya menjadi tempat yang meraikan semua jemaah tanpa mengira pangkat, status atau pengaruh.
Namun, tidak semua sependapat dengannya. Seorang pengguna bernama Yaya Syazly menulis bahawa Ryzal mungkin wajar ditegur kerana kelihatan seperti meletakkan kereta di kawasan yang sudah ditetapkan untuk orang lain.
“Orang lain susah-susah cari parking, kau selamba je parking dekat tempat VIP. Memang kena la,” tulisnya.
Dalam masa yang sama, ada juga netizen yang menggunakan ruang komen untuk menyuarakan pandangan lebih luas tentang isu di masjid.
Seorang pengguna menulis bahawa situasi seperti ini sering menjadi punca orang muda berasa jauh dengan institusi agama apabila wujud layanan berat sebelah.
Ada juga yang menyentuh tentang budaya ‘kroni’ dalam pengurusan sesetengah masjid yang dikatakan lebih mengutamakan golongan tertentu, manakala jemaah muda disuruh duduk di saf belakang.