Skip to main content

Hiburan

Pertama Kali Berlakon Filem, Kaki Sharifah Haneesya Lebam Berlatih Menari Demi Watak Pamakbul - “Saya Pergi Kelas Dua Hari Sahaja….”

dfndkj

Ringkasan AI

No AI summary found.

Pelakon dan model, Sharifah Haneesya, mendedahkan dirinya mengalami kecederaan ringan termasuk kaki lebam ketika menjalani latihan bagi menjayakan watak pertamanya di layar lebar menerusi filem seram Malam Terlarang.

Menurut Haneesya, dia perlu membawa watak hantu dari Indonesia yang memiliki elemen tarian tradisional, justeru memerlukan latihan intensif bagi mendapatkan lenggok dan ritma yang betul.

“Kerana dalam cerita ini, saya menjadi hantu itu. Dan hantu dari Indonesia. Sebenarnya saya perlu pergi ke kelas. Saya pergi ke kelas hanya dua hari saja untuk belajar basic menari dan rhythm semua sebab tarian ini ada banyak jenis,” katanya.

Tambahnya, semua proses latihan dilakukan dalam masa yang singkat kerana jadual penggambaran yang padat.

“Semuanya adalah proses yang sangat cepat. Jadi saya mesti telan maklumat secepat mungkin. Dua atau tiga minggu sebelum penggambaran, saya berlatih di rumah setiap hari, menari, rakam, tengok semula supaya dapat pergerakan yang sempurna untuk watak itu,” ujarnya.

Namun begitu, Haneesya mengakui proses berkenaan bukan sesuatu yang mudah apabila dia turut mengalami lebam pada kaki akibat latihan tarian berulang kali.

“Sangat sukar dan penat. Kaki saya lebam-lebam. Tapi saya bersyukur sebab kalau saya tak ada asas menari, mungkin saya tak akan dapat bawa karakter ini sebaiknya,” katanya lagi.

Berkongsi lanjut, pelakon berusia 25 tahun itu menjelaskan dia turut berlatih secara panggilan video dengan tenaga pengajar bagi memastikan setiap gerak tari dan gaya bahasa watak tersebut kelihatan semula jadi.

“Saya juga bercakap dalam bahasa Sunda, jadi ada kelas khas juga untuk itu. Tapi semua saya buat melalui video call saja,” jelasnya.

Menariknya, filem terbitan Astro Shaw itu merupakan debut filem pertama Haneesya.

Dalam filem Malam Terlarang, Haneesya bergandingan bersama Zul Ariffin, Sofia Jane, Shasha Abedul, Sabri Yunus, Normah Damanhuri dan Hasnul Rahmat.

Filem arahan Labu atau Nurhanisham Muhammad itu kini mencipta fenomena apabila kekal berada di tangga teratas carta GSC Top Movies sejak tayangan bermula pada 30 Oktober lalu, dan diangkat sebagai antara filem seram tempatan paling berjaya tahun 2025.

Must-Watch Video

Advertisement