Skip to main content

Hiburan

Talk To My Manager 2 Recap: Pak Azad Tak Hadir, Amarra Pulang! 5 Pasangan Bakal Rebut Gelaran Juara

Astrogempak AMARRA

Sekilas

  • Perjalanan Pak Azad dan Ammara berakhir di minggu separuh akhir Talk To My Manager 2 selepas sembilan minggu bertanding.
  • Jamilulhayat dan Hussain mencipta rekod dengan memenangi Manager Paling Perform (MPP) empat kali berturut-turut.
  • Empat pasangan yang mara ke minggu akhir ialah Dato’ A.Aida X Azeva, Adira X Anggrek, Safura X Kim Khairii dan Dato’ Sri Vida X Cik B.

Selepas sembilan minggu bertahan, akhirnya perjalanan Pak Azad dan Ammara terhenti pada minggu separuh akhir. 

Menyanyikan lagu Intan Payung nyanyian asal Bunga Isme dan Noraniza Idris, Ammara berada di tangga tiga terbawah bersama Adira X Anggrek dan Safura X Kim Khairii. 

Sementara itu, persembahan bertenaga Jamilulhayat dan Hussain berjaya meletakkan mereka di tangga pertama dan mencipta rekod apabila memenangi Manager Paling Perform (MPP) empat kali berturut-turut. 

Empat pasangan lain yang berjaya ke minggu akhir adalah Dato’ A.Aida X Azeva, Adira X Anggrek, Safura X Kim Khairii dan Dato’ Sri Vida X Cik B

Mari kita recap komen untuk semua bintang Talk To My Manager 2 minggu separuh akhir: 


Dato’ A.Aida X Azeva: Nirmala 

Datuk Yusry: Awak stage present, mata saya lihat awak saja. Lagu ini tidak mudah tapi awak buat yang terbaik untuk pembukaan. 

Noryn Aziz: Lagu ini berbisa dan susah, tapi awak buat dengan sangat baik dengan cara awak sendiri. 


Adira X Anggrek: Kesuma 

Datuk AC Mizal: Persembahan memang mantap, dari segi reaksi dan pergerakan awak memang bagus. Awak perlu kematangan suara untuk berada di atas pentas tapi persembahan awak sangat matang. 

Che Puan Sarimah: Tahniah manager, kerana menyerlahkan kekuatan artis awak. Lagu yang sangat besar tapi awak ada kesemuanya.                                                

Jamilulhayat X Hussain: Berdendang Dalam Tangisan 

Datuk Yusry: Awak ternyata serba boleh. Awak boleh bawa macam-macam lagu dan ia adalah persembahan yang saya suka. 

Noryn Aziz: Persembahan awak cantik, vokal stabil dan rasanya lemak manis berkrim. Vokal awak sedap lebih-lebih lagi high note, walaupun simple tapi awak buat saya tersenyum. 


Pak Azad X Amarra: Intan Payung 

Che Puan Sarimah: Dancing on top, persembahan nampak macam musical. Saya harap apa yang berlaku jangan ambil personal. Ambil satu pengajaran untuk masa hadapan. 

Datuk AC Mizal: Awak adalah fighter yang bagus. Saya tak nampak benda tu menganggu persembahan awak. Bila awak nyanyi lagu yang bukan genre awak itu saya nampak usaha itu. 


Safura X Kim Khairii: Joget Berhibur 

Datuk AC Mizal: Awak macam-macam berubah, satu usaha yang bagus untuk jadi seorang artis. tidak perlu benda-benda besar tapi ada usahanya sini. Bagi saya awak pernah buat yang terbaik, tapi kerana awak ada usaha syabas. 

Datuk Yusry: Yang saya suka adalah struktur persembahan ini. Ada macam-macam penceritaan. Untuk persembahan ia sangat memorable. 


Dato’ Sri Vida X Cik B: Anak Tupai

Noryn Aziz: Awak ni sangat unik vokalnya, bila tengok awak beraksi di pentas saya sangat teruja. Dan ini adalah persembahan terbaik awak. Energy awak sangat mengagumkan. Persembahan hari ini sangat tip top, saya teruja tengok bonding antara artis dan manager. 

Che Puan Sarimah Ibrahim: Vokal boleh menarik perhatian, tapi jiwa dan kejujuran boleh menarik hati. 

Datuk Yusry: Saya tak faham sangat lagu dikir barat, tapi saya tahu ia menarik. Cuma lihat awak berjaya tarik orang untuk bagi sokongan kat awak itu hanya superstar sahaja yang boleh buat. 


Lagu Battle  

 

Team Viral :  Azeva Kim Khairii Amarra    How It’s Done By Huntr/X 

Tiada Komen

Team Fyp :  Hussain Cik B Anggrek   We Go Up By Babymonster 

Tiada Komen


Untuk info, antara barisan pengurus artis yang bertanding untuk musim kedua adalah Adira dan Anggrek, Ani Maiyuni dan Viviana, Datuk A. Aida dan Azeva, Dato’ Fazley dan Fariedz Fazley.

Malah TTMM2 juga menyaksikan penyertaan Dato’ Sri Vida dan Cik B, Jamilulhayat dan Hussain, Linda Jasmine dan Ratu, Nana Mahazan dan Althea, Pak Azad dan Amarra, serta Safura dan Kim Khairii.  

Program ini dikendalikan oleh pengacara legenda, Aznil Nawawi, bersama barisan juri ternama iaitu Sarimah Ibrahim, Datuk AC Mizal dan Datuk Ramli M.S selaku juri jemputan.

Setiap pasangan ‘pengurus-artis’ dinilai secara keseluruhan dengan pecahan 60 peratus untuk pengurus dan 40 peratus untuk artis.

Saksikan konsert Talk To My Manager 2 setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.

Program ini juga boleh distrim secara On Demand menerusi aplikasi Astro GO dan Sooka.
 

Anda mungkin berminat dengan

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Must Watch Video

Advertisement