Sekilas
- Seorang suami nekad mengadakan semula majlis pernikahan dengan isterinya yang hilang ingatan akibat kemalangan dan koma selama 8 tahun.
- Dia membuat persiapan rapi termasuk memberi kejutan dan menghadiahkan cincin yang sama seperti pernikahan pertama untuk menghidupkan kembali memori isterinya.
- Isteri yang sedar dari koma mengakui tidak mengenali suaminya tetapi yakin telah memilih pasangan yang tepat dalam hidup.
Pasangan suami isteri mencuri menyentuh hati ramai apabila si suami nekad mengadakan semula majlis pernikahan bersama isterinya demi menghidupkan kembali memori yang hilang.
Menerusi perkongsian di TikTok, isterinya sebelum ini terlibat dalam kemalangan sehingga koma dan mengalami kehilangan ingatan, termasuk melupakan anak-anak serta suaminya sendiri.
Atas dasar cinta, lelaki itu membuat keputusan untuk “kahwin semula” sebagai usaha mencipta kenangan baharu buat isterinya.
"Saya nak kahwin semula dengan isteri saya. 8 tahun ulu dia mengalami kemalangan dan kebanyakkan memori dia telah hilang. Anak-anak dan diri saya pun dia dah lupa,ujarnya.
Mengimbas detik sukar itu, dia mengakui amat risau apabila isterinya tidak lagi mengenalinya.
"Bila isteri saya tak ingat saya, saya sangat risau. Tak boleh digambarkan jika kehilangan orang yang kita saying,"katanya.
Lebih menyentuh hati, lelaki itu dilihat membuat persiapan rapi termasuk berlatih memberi kejutan serta menghadiahkan semula cincin yang sama seperti ketika pernikahan pertama mereka.
"Saya beli cincin yang sama ketika kami bernikah. Disebabkan kemalangan, jarinya juga sudah semakin kurus. Hari ini saya memang nak beri kejutan supaya dia gembira dan saya ingin bangkitkan semula memori dia.
"Ini bukti yang saya sayang awak. Terima kasih kerana jadi isteri yang solehah. Sehingga kini, saya nak beri hati saya pada dia. Semua orang akan meninggalkan kita tetapi biarlah kami bersama sehingga ke syurga,"kongsinya
Dalam pada itu, si isteri turut berkongsi bahawa dia tidak mengenali suaminya ketika sedar dari koma, namun yakin dia telah memilih lelaki yang tepat sebagai pasangan hidup.
"Saya masih pakai pampers macam bayi. Waktu saya sedar dari koma, saya tak kenal dia. Dia jaga saya sebaiknya. Saya tak salah pilih dia sebagai suami saya," katanya.