Tanggal 31 Mei 2021, genaplah si comel, Mohamad Eidrees berusia dua tahun. Permata hati selebriti cantik, Anzalna Nasir dan suami ini sangat bijak dan keletah. Menerusi gambar yang dikongsinya di Instagramnya sempena Hari Jadi Edrees itu, Anzalna menitipkan rasa bangga dengan proses pembesaran anaknya itu.


Eidrees sudah pandai berzikir, mengaji dan berkebolehan bertutur dalam bahasa Perancis. Malah, cahaya matanya itu sangat sensitif dan berjiwa halus kerana mampu mengamati perasaan ibunya jika sedang dalam kesedihan. Dia akan datang peluk dan cium ibunya seolah-olah berkongsi rasa yang sedang dialami ibunya.


Dan, dalam situasi pandemik ini, Anzalna dan suami mengambil keputusan untuk meraikan hari istimewa anaknya itu bersama anak-anak yatim dan asnaf secara virtual. Mereka sempat menghantar juadah, kek dan dekorasi menarik di pusat jagaan anak-anak itu untuk mereka nikmati bersama rakan-rakan di situ.


Walaupun Eidrees tidak dapat hadir bersama, namun mereka sekeluarga sempat menyaksikan keraian itu secara online. Tak kisahlah kan, janji hajat dan usaha sudah sampai ke situ dan melihatkan anak-anak ini tersenyum sudah pasti memberi seribu kegembiraan dan kesyukuran buat mengisi pengertian hari ulang tahun yang sebenar buat seorang anak kecil.


Rasulullah S.A.W bersabda;

“Demi Allah yang mengutus aku dengan kebenaran di hari kiamat Allah S.W.T tidak akan mengazab orang yang mengasihi anak yatim dan berlaku ramah kepadanya serta manis tutur katanya. Dia benar-benar menyayangi anak yatim dan mengerti kekurangannya, dan tidak menyombongkan diri kepada tetangganya atas kekayaan yang di peroleh Allah kepadanya.”

(Hadis Riwayat Thabrani)



A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88)